suria

Ramai tegur muka seiras Fattah Amin, pemuda ini terima banyak mesej wanita mahu berkenalan

MEMILIKI wajah seiras pelakon popular Fattah Amin, pemuda bernama Iqbal tidak menyangka dirinya menjadi perhatian ramai di media sosial.

Menurut Iqbal atau nama sebenarnya Shah Iqbal Budaim, 18, dia terkejut apabila ramai wanita mahu berkenalan dengannya setelah video yang dikongsi meraih lebih 1.2 juta tontonan hanya dalam tempoh dua hari.

“Saya pernah muat naik video tahun lalu dan waktu pun memang ada yang samakan saya dengan Fattah Amin tapi tak sangka pula sekarang ni jadi tular balik.

“Ramai juga yang mesej saya nak ajak berkenalan dan rata-rata semuanya golongan wanita, terkejut juga sebab tular dalam masa singkat saja. 

“Saya tak pernah jumpa Fattah malah kami adalah orang berbeza, jadi kalau nak kata sama tu mungkin tidak,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi