suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan kenal pasti 12 syarikat punca bencana banjir di Aceh, Sumatera

Penduduk setempat melihat kemusnahan yang berlaku akibat bencana banjir. -Foto Tribun Medan

 

SEBANYAK 12 syarikat didakwa menjadi punca tercetusnya bencana banjir dan tanah runtuh yang berlaku di Aceh pada masa ini.

Namun malangnya, kerajaan enggan mendedahkan identiti kesemua syarikat tersebut meskipun tragedi meragut 770 nyawa akibat banjir di Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat di Indonesia.

Mengulas mengenainya, Menteri Kehutanan, Raja Juli Antoni berkata, kementeriannya sudah mengesan indikasi pelanggaran serius melibatkan 12 syarikat.

Bagaimanapun identiti mereka belum boleh didedahkan disebabkan proses siasatan dan tindakan undang-undang yang masih berjalan.

"Oh, saya belum boleh sebutkan… ini masih di bawah proses perundangan," katanya pada Khamis.

Beliau juga enggan mengulas lanjut mengenai bentuk tindakan yang telah diambil setakat ini. -Agensi

Artikel Lain