suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penduduk pukul perogol, penjenayah tegar sampai mati... Mayat diseret dengan motosikal

Seorang penjenayah tegar dipukul penduduk kampung sampai mati. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki maut dipukul penduduk kerana disyaki merogol dan mayatnya kemudian diseret dengan motosikal mengelilingi kampung, dalam kejadian pada Rabu.

Mangsa sebelum ini pernah terbabit dalam beberapa kes jenayah termasuk curi dan dia juga baru keluar dari penjara kerana kesalahan pecah rumah.

Penduduk kampung turut mendakwa orang ramai gusar selepas lelaki itu dibebaskan dari penjara kerana banyak kes jenayah berlaku berpunca daripada dirinya.

“Dia pernah menghamilkan adik tiri sendiri 15 tahun lalu dan enggan bertanggungjawab. Lepas keluar penjara baru-baru ini pun dia mencuri lagi,” kata seorang penduduk.

Dalam kes terbaru, lelaki tersebut merogol seorang wanita yang menyebabkan penduduk berang dan memukulnya hingga maut.

Ketua Unit Resmob Polres Gowa, Ipda Muhammad Alfian, mengesahkan kejadian itu berlaku di di Parang-parang Tulau, Kelurahan Cikoro, Kecamatan Tompobulu, Indonesia.

“Kes bermula dari kes rogol, hingga dia dipukul dan kemudian diseret dengan motosikal," katanya.

Ketua Kecamatan Tompobulu, Muhammad Akbar Tola, berkata keadaan kampung kini terkawal dengan polis turut ditempatkan di rumah keluarga mangsa selepas dia dikebumikan awal pagi Khamis.

“Alhamdulillah, keadaan sudah stabil. Dia dikebumikan sekitar pukul 4 pagi waktu tempatan. Berdasarkan gambar yang saya lihat, keadaan mayatnya agak mengerikan,” katanya.-Agensi

Artikel Lain