suria

Takut kantoi hamil... Remaja bunuh, buang bayi di tempat pembuangan sampah

Polis memeriksa longgokan sampah tempat bayi seorang gadis dibuang. -Foto Dok Polres Sambas

SEORANG gadis berusia 17 tahun ditahan polis selepas disyaki membunuh bayi yang baru dilahirkannya kerana bimbang keluarga mengetahui dirinya mengandung.

Kisah mula terbongkar apabila remaja itu dibawa ke hospital pada Isnin oleh ibu bapanya selepas dia mengadu sakit perut. 

Walaupun menerima rawatan, dia tetap mengalami sakit perut dan keesokan paginya jururawat mendapati dia mengalami pendarahan yang teruk. 

Jururawat kemudian mendapati remaja itu hamil dan telah melahirkan bayi di suatu lokasi di Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia. 

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Sambas, AKP Rahmad Kartono, memaklumkan remaja itu kini berada dalam tahanan untuk siasatan lanjut. 

“Kami telah menahan suspek dan kes kini dalam siasatan,” katanya mendedahkan bayi itu dibuang di tempat pembuangan sampah.

Katanya, polis sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui bagaimana gadis itu membunuh bayi tersebut.

Kes ini kini menjadi tumpuan ramai di media sosial dan mengundang perhatian mengenai isu kehamilan remaja dan keselamatan kanak-kanak.-Agensi

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia