suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Wanita ketawa, gembira lepas tolak pengawal ke arah kereta api bergerak laju

Seorang pengawal keselamatan hampir jatuh ke landasan kereta api laju. -Gambar media sosial

SEORANG pengawal keselamatan hampir maut dirempuh kereta api laju selepas ditolak ke arah landasan oleh seorang wanita pada Sabtu.

Berdasarkan video yang tular [Tonton Video], wanita itu dilihat secara tiba-tiba menolak pengawal lelaki tersebut sebelum ketawa.

Pengawal itu yang kelihatan terkejut kemudian segera beredar dari situ.

Ketua Polis Johar Baru, Komisioner Saiful Anwar berkata selepas disoal siasat, wanita itu mengalami kesukaran berkomunikasi kerana keadaan mentalnya. 

Pihak polis kemudian menyerahkan wanita itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk rawatan lanjut.

Kejadian berlaku di Stesen Gang di Jakarta, Indonesia.

Naib Presiden Setiausaha Korporat KAI Commuter, Karina Amanda, berkata penumpang kini dikawal bagi mengelak insiden yang sama berlaku terhadap orang lain.-Agensi

Artikel Lain