suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat terpaksa patah balik, penumpang mengamuk 2 jam gara-gara tak dapat duduk sebelah GF

Selain isu teknikal, pesawat lazimnya terpaksa berpatah balik atau melakukan pendaratan kecemasan jika berlaku situasi luar jangka di dalam kabin. -Gambar hiasan

SEBUAH pesawat Spring Airlines yang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita ke Shanghai terpaksa berpatah balik pada malam Ahad, selepas seorang penumpang lelaki mencetuskan kekecohan.

Insiden membabitkan penerbangan IJ005 itu bermula sebaik penumpang memasuki pesawat. 

Penumpang lelaki berkenaan dilaporkan meminta pertukaran tempat duduk bagi membolehkan dia duduk bersama teman wanitanya. 

Bagaimanapun, permintaannya ditolak oleh kru kabin selepas dia enggan membayar caj tambahan.

Pesawat itu berlepas pada pukul 7.19 malam seperti dijadualkan, namun pertengkaran antara penumpang lelaki berkenaan dan kru kabin berlarutan kira-kira dua jam sehingga menjejaskan ketenteraman penumpang lain.

Menurut laporan media, kru kabin akhirnya memutuskan untuk melaporkan situasi tersebut kepada polis. 

Berikutan itu, juruterbang diarahkan membuat pusingan U kecemasan.

Pesawat kembali mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada pukul 10.59 malam, dan penumpang lelaki itu kemudian diiringi keluar oleh pihak polis tempatan.

Insiden berkenaan mengakibatkan penumpang lain terpaksa bermalam dan menunggu penerbangan gantian pada pukul 10 pagi keesokan harinya.

Menurut penumpang yang ditemu bual media, syarikat penerbangan tersebut menawarkan pampasan namun tidak menyediakan penginapan.

Spring Airlines ialah syarikat penerbangan tambang rendah yang berpusat di Shanghai. -Agensi

Artikel Lain