suria

Remaja 19 tahun rela mati, berang keluarga minta tangguh hasrat kahwin hingga umur 21

Tekanan mental yang dialami boleh mendorong seseorang bertindak di luar kawalan. -Gambar hiasan

SEORANG remaja lelaki berusia 19 tahun meninggal dunia selepas bertindak menggantung diri, dipercayai kerana mengalami tekanan emosi gara-gara keluarga menangguhkan perkahwinannya. 

Kejadian berlaku pada 30 November di kawasan Dombivli, dekat Thane, Maharashtra.

Menurut polis, mangsa yang berasal dari Jharkhand sedang bercinta dengan seorang gadis dari kampung yang sama dan berhasrat untuk mengahwininya.

Namun, keluarga mangsa memintanya menangguhkan terlebih dahulu rancangan untuk berkahwin sehingga mencapai umur 21 tahun.

Keputusan tersebut menyebabkan mangsa mengalami tekanan mental, dan mendorongnya nekad untuk menggantung diri menggunakan selendang di dalam rumahnya.

Mangsa segera dibawa ke hospital berhampiran, tetapi doktor mengesahkan nyawanya tidak dapat diselamatkan. 

Pihak polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian akibat kemalangan sementara siasatan lanjut diteruskan. -Agensi

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia