suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar universiti parah ditembak... Bekas kekasih berang mangsa dijodohkan dengan lelaki lain

Seseorang cenderung bertindak di luar kawalan akibat didorong perasaan marah. -Gambar hiasan

SEORANG wanita berusia 22 tahun cedera parah selepas ditembak oleh bekas kekasihnya, dalam kejadian pada petang Sabtu lalu.

Menurut polis, suspek, Pradeep Kumar, 28, bertindak sedemikian selepas mengetahui bahawa keluarga wanita berkenaan mahu menjodohkannya dengan lelaki lain. 

Suspek dilaporkan menceroboh masuk ke rumah mangsa di  Kampung Nanglaber, Bhojpur, dekat Ghaziabad, sebelum menembaknya menggunakan pistol buatan sendiri. 

Mangsa rebah selepas terkena tembakan dan segera dibawa ke hospital berhampiran sebelum dirujuk ke Meerut untuk rawatan lanjut.

Doktor berkata peluru tersangkut di bahagian atas tengkorak berhampiran telinga mangsa dan pembedahan akan dilakukan bagi mengeluarkannya.

Pesuruhjaya Polis Modinagar, Amit Saxena, berkata mangsa, seorang pelajar tahun pertama Sarjana dalam jurusan Sains, telah memutuskan hubungan dengan suspek beberapa minggu sebelum kejadian. 

Suspek bertambah berang selepas mengetahui perkahwinan mangsa telah diatur oleh keluarganya dengan jejaka lain.

Polis kini sedang giat mengesan suspek dan menjalankan operasi di lokasi yang dipercayai menjadi tempat persembunyiannya. -Agensi

Artikel Lain