suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lepas bunuh bekas isteri guna sabit, lelaki ‘selfie’ dengan mayat... Sempat kongsi di status WhatsApp

Bedah siasat dilakukan bagi mengetahui punca kematian. -Gambar hiasan

SEORANG wanita berusia 30 tahun maut selepas diserang bekas suaminya dalam kejadian tragis di sebuah hostel pekerja wanita, pada Ahad.

Kejadian dilaporkan berlaku di Coimbatore, India.

Difahamkan mangsa, S. Sri Priya, yang sebelum ini tinggal bersama anak-anak di daerah Tirunelveli, berpindah ke Coimbatore selepas berpisah dengan lelaki tersebut. 

Dia yang bekerja di sebuah kedai kemudiannya menetap di hostel wanita sementara anak-anaknya dijaga oleh ibunya.

Menurut polis, suspek S. Balamurugan, 32, dipercayai bertindak demikian kerana cemburu dan menuduh mangsa mempunyai hubungan dengan saudara lelakinya.

Mereka dikatakan bergaduh melalui telefon sebelum suspek datang ke hostel berkenaan sambil membawa sebilah sabit.

"Suspek menunggu mangsa di ruang menunggu.

"Ketika pertengkaran berlaku, dia menyerang mangsa berkali-kali dengan sabit sehingga wanita itu meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.

Serangan tersebut menyebabkan penghuni hostel lain melarikan diri sebelum segera menghubungi pihak berkuasa.

Lebih mengejutkan, suspek dikatakan memuat naik swafoto bersama mayat mangsa di aplikasi WhatsApp selepas kejadian sebelum menyerah diri dan menunggu polis di tempat kejadian. -Agensi

Artikel Lain