SEORANG tetamu maut selepas staf hotel menahan ubat sakit kritikal miliknya selama lima jam.
Pada hari kejadian, rakan mangsa menghantar ubat yang diperlukan, namun staf kaunter menolak untuk menghantar ubat itu ke bilik lelaki tersebut.
Alasan staf berkenaan enggan menghantar ubat tersebut secara segera kerana ingin menjaga privasi tetamu.
Lima jam kemudian, seorang pekerja pembersihan masuk ke bilik mangsa dan mendapati lelaki itu sudah tidak bernyawa.
Rakaman kamera litar tertutup mendapati ubat itu berada di kaunter sepanjang masa dan keluarga mangsa menuduh hotel gagal memeriksa keadaan tetamu yang tidak dapat dihubungi.
Mangsa, dikenali sebagai Hu dan kejadian berlaku di Yeste Hotel di wilayah Hubei, China pada 20 November lalu.
Ubat tersebut digunakan untuk merawat penyakit tekanan darah tinggi.-Agensi


