suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sempat masak, jamu selera sebelah mayat... Suami potong jari, simpan kepala isteri dalam peti sejuk akibat cemburu!

Kepala mangsa ditemukan dalam peti sejuk rumah berkenaan.

MISTERI bau busuk yang menyelubungi sebuah rumah akhirnya membongkar penemuan mengerikan mayat seorang wanita tanpa kepala, selain beberapa jarinya turut dipotong.

Lebih mengejutkan, kepala mangsa ditemui disumbat ke dalam beg plastik sebelum disimpan di dalam peti sejuk di kediaman tersebut.

Kejadian berdarah itu dilaporkan berlaku di sebuah rumah pangsa di kawasan Basisthapur, Guwahati, Assam, India.

Berdasarkan laporan, mangsa dikenal pasti sebagai Riya Talukdar Goswami, 25, ditemukan pada malam Ahad selepas jiran terhidu bau busuk dari rumah berkenaan lalu memaklumkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh kira-kira 48 jam sebelum mayatnya ditemukan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Tambahan (Timur) Guwahati, Anurag Sharma mengesahkan bahawa suspek utama merupakan suami mangsa, Ramanujan Goswami.

Ia berikutan suspek dilaporkan menyerah diri kepada pihak berkuasa dan mengaku melakukan pembunuhan berkenaan.

Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian, polis turut merampas senjata yang disyaki digunakan untuk membunuh serta memotong anggota tubuh mangsa.

Mayat mangsa kemudian di hantar ke Kolej Perubatan dan Hospital Guwahati untuk proses bedah siasat.

Dalam pada itu, penyiasat kes memaklumkan bahawa kepala mangsa dipercayai dipenggal dan dimasukkan ke dalam beg plastik sebelum disimpan di dalam peti sejuk, manakala beberapa jarinya turut dipotong.

Difahamkan, pasangan terbabit dipercayai tinggal bersama di rumah pangsa tersebut sejak berkahwin kira-kira enam bulan lalu.

Kejadian mengerikan itu dipercayai berpunca daripada rasa cemburu suspek yang mengesyaki mangsa menjalinkan hubungan sulit sehingga mencetuskan pertengkaran.

Lebih mengejutkan terdapat laporan yang mendakwa suspek sempat memasak dan menikmati makanan berhampiran mayat isterinya selepas melakukan pembunuhan tersebut.

Dia juga dikatakan berada di sisi mayat mangsa untuk suatu tempoh sambil menangis sebelum meninggalkan rumah dengan memakai baju-T yang mempunyai kesan darah. -Agensi

Artikel Lain