suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ingat nak siasat senyap-senyap, tapi video buli dah tersebar! Universiti janji bertindak kes junior dilempang, dipaksa tekan tubi

Perbuatan membuli tidak sepatutnya berleluasa dan dinormalisasikan golongan senior. -Gambar hiasan AI

ANCAMAN budaya ragging nampaknya masih belum pupus apabila sekumpulan pelajar sebuah universiti dipercayai menjadi mangsa buli fizikal oleh pelajar senior mereka sendiri.

Perbuatan tersebut terbongkar selepas rakaman kejadian tersebar dan mencetuskan kecaman di media sosial.

Menerusi video berkenaan, beberapa pelajar dilihat diarahkan melakukan tekan tubi sebelum salah seorang daripada mereka ditampar oleh pelajar senior.

Kejadian dipercayai berlaku pada waktu malam di dalam kawasan kampus melibatkan pelajar Fakulti Matematik dan Sains Semula Jadi (FMIPA) di Universiti Hasanuddin (Unhas) di Makassar, Indonesia.

Ketua Subdirektorat Perhubungan Awam dan Dokumentasi Unhas, Ishaq Rahman mengesahkan pihak universiti sudah mengetahui mengenai kejadian tersebut sebelum rakamannya tular.

Menurut Ishaq, siasatan dalaman sudah dimulakan, susulan itu dia tidak menyangka rakaman kejadian akan dimuat naik oleh pelajar di media sosial.

"Sebelum hantaran itu muncul, kes ini sebenarnya sedang ditangani. Kami kesal kerana pelajar turut menyiarkannya di media sosial walaupun siasatan masih berjalan.

"Bagaimanapun, kami tetap menghargai tindakan berkenaan," katanya pada Isnin.

Jelasnya, pihak universiti sudah menyoal siasat beberapa individu dan sedang mengumpulkan maklumat berhubung dakwaan keganasan dilakukan pelajar senior terhadap junior mereka.

"Unhas sedang mengumpulkan keterangan dan maklumat daripada pelbagai pihak yang berkaitan dengan kejadian ini," tegasnya.

Ishaq turut menegaskan bahawa pihak universiti tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk keganasan atau budaya ragging di kampus.

Katanya, individu yang didapati terlibat akan dikenakan tindakan tegas mengikut peraturan universiti.

Artikel Lain