NIAT mahu menyindir, seorang wanita sanggup menghantar sejambak bunga buat ‘penyondol’ yang didakwa menjalin hubungan gelap dengan suaminya sehingga hamil. Lebih mencuri perhatian, jambangan tersebut diletakkan di halaman Mahkamah Daerah Surabaya, Indonesia pada pagi Isnin sehingga menjadi tumpuan pengunjung dan pekerja.Menerusi gambar tular, jambangan bunga itu tertera ucapan tahniah dan terima kasih atas 'hubungan' yang dijalinkan."Selamat atas kehamilannya, Irene Angelita Rugian. Terima kasih sudah menjaga suami saya."Daripada: Isteri sah suami," demikian mesej yang tertera pada jambangan tersebut.Menurut laporan Detik, kiriman jambangan yang menarik perhatian pengunjung, pekerja mahkamah serta orang ramai yang melalui kawasan berkenaan bagaimanapun tidak berada lama di situ kerana ia dipindahkan oleh petugas keselamatan beberapa jam kemudian.Dalam pada itu, jurucakap Mahkamah Daerah Surabaya, Pujiono mengesahkan kewujudan jambangan berkenaan.Namun mereka menafikan lelaki yang dimaksudkan dalam mesej tersebut bukan hakim, kakitangan atau pekerja di mahkamah berkenaan."Tiada kaitan dengan mahkamah. Orang luar menghantar jambangan bunga itu kepada individu yang biasa datang ke sini," katanya. -Agensi