suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nyawa cikgu muzik umpama tiada nilai... Maut dibelasah 8 individu lepas tegur buat bising menjelang tengah malam

Mangsa dikejar sehingga ke tingkat tiga kediaman sebelum dibelasah lapan individu.

AKIBAT menegur bunyi muzik yang bising di sebuah kedai makan berhampiran rumahnya, seorang guru dipukul sekumpulan lelaki sehingga maut.

Dalam kejadian di Kampung Kilokari, Delhi, India pada 6 September lalu, Chongtham Vikram Singh, 54, dipercayai dikejar sehingga ke tingkat tiga bangunan kediamannya sebelum dia  diserang di koridor.

Mangsa yang berasal dari Manipur dilaporkan bekerja sebagai guru muzik persendirian di ibu negara India itu sejak 17 tahun lalu.

Menurut aktivis sosial Manipur iaitu B Ruchida Sharma, kejadian bermula kira-kira pukul 11.30 malam ketika Singh turun dari kediamannya untuk membuang sampah.

Ketika berada di luar, mangsa terlihat sekumpulan pekerja dari dua kedai makan berhampiran membuat bising di hadapan kediamannya.

Dia kemudian menegur perbuatan mereka, namun keadaan bertukar tegang apabila tercetus pertengkaran antara kedua-dua pihak.

Mangsa cuba kembali ke rumahnya, tetapi dipercayai dikejar oleh kumpulan terbabit sehingga ke tingkat tiga.

"Mereka mengejarnya hingga ke tingkat tiga, menahannya di koridor dan memukul mangsa bertalu-talu sebelum melarikan diri," kata Sharma.

Susulan kecederaan parah yang dialami, anak lelakinya kemudian membawa mangsa ke sebuah hospital swasta di Okhla untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dialami kira-kira pukul 7 pagi Isnin.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Delhi Tenggara, Vineet Kumar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung serangan tersebut pada pukul 1.38 pagi sebelum siasatan dimulakan.

Susulan kejadian, tujuh lelaki dewasa ditahan manakala seorang remaja lelaki berusia 15 tahun turut dibawa untuk membantu siasatan.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan bekas Ketua Menteri Manipur, N Biren Singh menunjukkan lapan lelaki menuruni tangga bangunan berkenaan, dipercayai selepas melakukan serangan.

Beliau turut menggesa Polis Delhi menjalankan siasatan menyeluruh serta mengambil tindakan segera bagi memastikan keadilan diberikan kepada mangsa.

Untuk rekod, mangsa menetap di kediaman tersebut bersama isterinya, Joshna Chongtham, 50, dan anak lelaki mereka, Yaiphaba Chongtham, 20. -Agensi

Artikel Lain