suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua kenderaan berlanggar, tapi saksi tempat kejadian paling emosi... Tergamak belasah pemandu SUV sampai mati!

Pertengkaran berpunca selepas kenderaan mangsa dilanggar penunggang motosikal. -Gambar hiasan AI

INSIDEN kemalangan kecil membabitkan sebuah kereta dan motosikal bertukar menjadi tragedi berdarah apabila seorang pemandu lelaki maut dibelasah sekumpulan individu tanpa belas kasihan.

Dalam kejadian di Lagos, Nigeria, mangsa dikenali sebagai Basit Kolade diserang selepas berlaku pertengkaran dengan seorang penunggang motosikal.

Menurut polis, mangsa ketika itu sedang menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Lexus berwarna hitam bersama isterinya dari Ebute Metta menuju ke Lagos Island.

Ketika dalam perjalanan, sebuah motosikal didakwa melanggar bahagian belakang kenderaan mereka sebelum tercetus pertengkaran antara Kolade dengan penunggang terbabit.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila kenderaan mangsa dikatakan mengundur lalu melanggar motosikal tersebut sehingga penunggangnya terjatuh.

Insiden itu menarik perhatian sekumpulan individu di kawasan berkenaan yang kemudiannya bertindak menyerang mangsa menggunakan senjata berbahaya.

Isteri mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh beberapa wanita yang berada di lokasi kejadian.

Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Besar Lagos Island untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dialami.

Penunggang motosikal terbabit pula terselamat dan kini menerima rawatan di hospital.

Susulan kejadian itu, polis menahan empat suspek bagi membantu siasatan selain sedang mengesan individu lain yang dipercayai terlibat dalam serangan berkenaan.

Kes tersebut diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Negeri untuk tindakan lanjut, manakala orang ramai diingatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri atau atau menegakkan 'hukuman jalanan'. -Agensi

Artikel Lain