KES kematian seorang penyambut tetamu hospital yang awalnya dilaporkan akibat kemalangan jalan raya akhirnya terbongkar sebagai satu plot pembunuhan terancang.Mangsa yang dikenali sebagai Sofia, 22, pada mulanya dilaporkan maut selepas motosikal yang dinaikinya dirempuh sebuah kenderaan lain.Bagaimanapun, siasatan polis kemudian membongkar bahawa kejadian itu bukan kemalangan jalan raya sebaliknya pembunuhan yang dirancang atas alasan menjaga maruah keluarga.Insiden dipercayai berlaku pada malam 12 Ogos lalu apabila Sofia keluar bersama bapanya, Mohmand Farooq dan abangnya, Mohmand Habil, 38. Ketika dalam perjalanan, Habil dipercayai membelokkan motosikal ke sebuah laluan tanah sunyi berhampiran Kampung Gheljipura.Dia kemudian didakwa memukul kepala adiknya sebanyak tiga kali menggunakan tukul dalam kejadian di Ahmedabad, India.Selepas itu, bapa dan anak lelakinya dipercayai membawa mayat Sofia kembali ke jalan utama sebelum merosakkan motosikal bagi mewujudkan gambaran seolah-olah berlaku kemalangan berkelajuan tinggi.Habil kemudiannya memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa motosikal mereka dilanggar sebuah kenderaan yang dipandu laju dari belakang berhampiran persimpangan Gheljipura.Dia mendakwa rempuhan itu menyebabkan Sofia mengalami kecederaan parah di kepala manakala dirinya hanya mengalami lebam.Sofia dibawa ke Hospital Awam Sola sebelum meninggal dunia akibat kecederaannya pada keesokan hari.Siasatan lanjut mendapati bapa dan abang mangsa dipercayai menyimpan kemarahan selepas sebuah video melibatkan Sofia tular kira-kira tiga bulan sebelum kejadian.Menurut polis, mereka bimbang keluarga akan berdepan penghinaan masyarakat lalu didakwa merancang pembunuhan tersebut bagi menjaga nama baik keluarga.Polis turut mendakwa Habil menyembunyikan tukul besi di dalam seluarnya sebelum keluar bersama Sofia dan bapa mereka pada malam kejadian.Kedua-dua suspek kini ditahan dan berdepan pertuduhan membunuh. -Agensi