suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Niat nak kutip sewa tertunggak bertukar tragedi... Ejen hartanah berlumuran darah ditikam penyewa warga emas!

Kerjaya sebagai ejen hartanah berdepan pelbagai risiko keselamatan apabila berurusan dengan penyewa culas. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki warga emas bertindak menikam ejen hartanah selepas dia diminta mengosongkan sebuah unit apartmen kerana gagal membayar sewa.

Suspek berusia 66 tahun ditahan polis kerana disyaki cuba membunuh mangsa yang berusia lingkungan 40-an menggunakan pisau.

Menurut polis, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang Isnin ketika mangsa datang ke apartmen berkenaan susulan tunggakan sewa.

Suspek dilaporkan sepatutnya mengosongkan kediaman di Nishitokyo di Tokyo, Jepun itu pada hari sama.

Bagaimanapun, situasi bertukar kecoh apabila lelaki dikenali sebagai Katsuharu Kondo itu menikam mangsa pada bahagian perut dan lengan.

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dengan doktor memaklumkan kecederaan dialaminya tidak mengancam nyawa.

Kondo kemudian ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan cubaan membunuh.-Agensi

Artikel Lain