suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa hero sebenar, nekad terjun kolam selamatkan anak 3 tahun terkapai-kapai hampir lemas... Jurulatih tak perasan!

Mangsa berusia tiga tahun hampir lemas selepas jurulatih tidak menyedari dia tergelincir ke dalam kolam.

SEORANG bapa nekad terjun ke dalam kolam renang bagi menyelamatkan anak lelakinya berusia tiga tahun yang didakwa hampir lemas ketika mengikuti kelas renang.

Bapa kepada kanak-kanak berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Wang berkata, ketika kejadian anaknya sedang mengikuti sesi latihan bersama dua lagi murid di bawah pengawasan seorang jurulatih.

Menurutnya, ketika jurulatih memberi perhatian kepada murid lain, anaknya bersama seorang lagi kanak-kanak menunggu giliran di atas pelantar kecil di dalam kolam tanpa alat apungan.

"Secara tiba-tiba anak saya tergelincir dari pelantar dan jatuh ke bahagian air dalam.

"Jurulatih sedang membimbing kanak-kanak lain dan tidak menyedarinya," katanya.

Wang yang melihat kejadian dari ruang menunggu kemudian bergegas ke kolam sebelum terjun untuk menyelamatkan anaknya.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.20 petang pada 6 September lalu di Little Splashes Aquatics, SingPost Centre di Singapura.

Dia mendakwa jurulatih hanya menyedari kejadian selepas melihatnya masuk ke dalam kolam dan segera memohon maaf.

Menurut Wang, kejadian itu memberi kesan emosi kepada anaknya yang mengalami mimpi buruk.

"Dia berulang kali bertanya, kenapa cikgu tak selamatkan saya? Saya akan mati'," katanya.

Keluarga itu kemudian membuat laporan polis selain mengemukakan laporan kepada Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Sport Singapore.

Sementara itu, Little Splashes Aquatics memaklumkan pihaknya memandang serius kejadian tersebut dan sedang menjalankan siasatan dalaman termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Pusat renang itu berkata kelas berkenaan mempunyai nisbah seorang jurulatih kepada tiga murid, manakala kedalaman kolam kira-kira satu meter.

Menurutnya, polis turut meneliti kejadian termasuk rakaman CCTV dan siasatan mereka telah selesai tanpa tindakan lanjut.

Bagaimanapun, jurulatih terbabit digantung daripada tugas mengajar sementara siasatan dalaman diteruskan. -Agensi

Artikel Lain