suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak nak sekolah punya fasal, dua pelajar asrama berpakat bunuh rakan bilik! Harap boleh dapat cuti tambahan

Pelbagai kisah dan iktibar tersirat di sebalik kehidupan pelajar di asrama. -Gambar hiasan AI
1 / 1

,

DEMI merealisasikan impian gila mahu menikmati cuti sekolah lebih panjang, dua pelajar sebuah sekolah berasrama tergamak bertindak luar kawalan apabila cuba membunuh rakan bilik mereka sendiri ketika sedang nyenyak tidur.

Dalam kejadian 4 September lalu, kira-kira 15 pelajar sedang tidur di asrama sebelum dua pelajar berkenaan didakwa cuba melemaskan mangsa dengan menutup saluran pernafasannya.

Mangsa yang tersedar dalam keadaan sukar bernafas kemudian menjerit meminta pertolongan sehingga mengejutkan pelajar lain.

Pegawai dan kakitangan asrama yang dimaklumkan mengenai kejadian itu segera datang membantu mangsa yang mendakwa lehernya ditekan oleh dua rakannya.

Lebih mengejutkan, siasatan mendapati tindakan kedua-dua pelajar itu dipercayai didorong keinginan untuk mendapatkan cuti lebih panjang.

Kejadian berlaku di sebuah sekolah di daerah Annamayya, Andhra Pradesh di India.

Pegawai Pendidikan Kambhamvaripalle Mandal, P Reddy Basha berkata, kedua-duanya dipercayai menyangka sekolah akan ditutup lebih lama sekiranya berlaku kematian pelajar.

Mereka dikatakan mendapat idea itu berdasarkan kejadian dua tahun lalu apabila seorang pelajar meninggal dunia akibat komplikasi kesihatan sehingga menyebabkan sekolah ditutup selama dua hari.

Susulan kejadian, kedua-dua pelajar terbabit dihantar pulang sebelum pihak sekolah mengeluarkan sijil pertukaran (TC), sekali gus menamatkan pengajian mereka di sekolah berkenaan.

Bapa mangsa turut membuat laporan di Balai Polis Kambhamvaripalle dan meminta siasatan dijalankan.

Polis sudah mengambil keterangan pihak sekolah dan pengurusan asrama, manakala ibu bapa kedua-dua pelajar terbabit diminta memastikan anak mereka berada di rumah sehingga arahan lanjut.

Dalam pada itu, pelajar lain yang trauma dan takut untuk kembali tidur di asrama sama diberikan sesi kaunseling oleh pasukan perkhidmatan perlindungan kanak-kanak.-Agensi

Artikel Lain