Ramai anak Kelantan merantau untuk mencari rezeki di negeri-negeri lain khususnya Kuala Lumpur. -Gambar hiasan AI
SEJAUH mana pun kita merantau mencari rezeki di tempat orang, nostalgia dan ketenangan kampung halaman sendiri tetap sukar ditandingi.Begitulah situasi yang dilalui wanita apabila dia akhirnya memilih untuk pulang dan menetap di kampung halaman selepas sekian lama merantau di ibu negara. Namun menurut wanita itu, hasratnya ditentang ahli keluarga sendiri kerana menganggap Kelantan masih agak ketinggalan berbanding negeri-negeri lain.Kehidupan di kampung pastinya jauh lebih tenang berbanding kota-kota besar yang sentiasa sibuk. -Gambar hiasan AI"Apabila beritahu keluarga yang aku nak balik Kelantan tahun ini, ada segelintir yang pandang dengan muka tak yakin. Mereka tanya betul ke keputusan ini?"Sebab tiada apa-apa di Kelantan... membosankan. Mereka kata aku dah terbiasa dengan kehidupan bandar, mesti aku akan patah balik ke Kuala Lumpur semula."Tapi aku dah di sini sekarang. Keadaannya ternyata berbeza daripada apa yang mereka bayangkan. Aku tengok perubahan berlaku perlahan-lahan," ujarnya.Wanita kongsi kisah berpindah dari Kuala Lumpur ke negeri kelahirannya di Kelantan.Dia berkata hasrat itu pada mulanya mendapat tentangan segelintir ahli keluarga.Selepas berpindah, dia melihat Kelantan sebenarnya sedang membangun dengan cara tersendiri.Beberapa lagi individu yang melalui perjalanan sama turut berkongsi kisah mereka di ruangan komen.Ringkasan ini dijana oleh AISangkaan itu ternyata meleset apabila dia mula melihat lanskap ekonomi penduduk tempatan yang kini makin kreatif dan tidak lagi terikat dengan corak kerja lama."Ramai di sini yang buat kerja sendiri, dengan hasil tangan sendiri, tak nak jadi hamba korporat je sepanjang hidup. Ramai yang mulakan perniagaan."Kedai kopi, restoran yang unik, ruangan kreatif, seni dan muzik. Ramai orang Kelantan yang saya jumpa, mereka berani nak mencuba dan membina sesuatu, bina komuniti tersendiri."Ia bertentangan dengan pandangan yang mengatakan 'tiada apa-apa' boleh dibuat di Kelantan. Banyak benda tengah meningkat, cuma orang tak nampak sebab terikat dengan gambaran lama," ujarnya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita namakan Kelantan negeri paling selamat, duit tinggal RM50 pun boleh ‘survive’ - “Kalau tiada air, ada telaga untuk mandi”ARTIKEL BERKAITAN: Pelancong mengadu susah cari tandas bersih di Kelantan... Orang tempatan pun payah nak ‘back up’, terpaksa setuju!Di ruangan komen, beberapa individu yang pernah melalui pengalaman serupa turut tampil berkongsi kisah mereka."Saya pun duduk di Kelantan dah 14 tahun. Dari Subang Jaya ke Kota Bharu. Setakat ini, semuanya baik-baik saja."Saya dah duduk di Kelantan sejak pandemik Covid-19. Saya jumpa ramai usahawan kreatif di sini."Okey je. Sudah lebih 20 tahun belajar dan kerja di luar. Sekarang dah lima bulan balik duduk Kelantan," kongsi beberapa individu.