suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu menggeletar dapat tahu suami pengasuh bawa anak perempuan ke tandas... Siap tolong mandikan!

Sudah menjadi kelaziman bagi ibu bapa yang bekerja mengupah pengasuh untuk menjaga anak mereka. -Gambar hiasan AI

SETIAP ibu bapa pastinya mengharapkan anak-anak mereka sentiasa selamat dan dilindungi ketika ditinggalkan di rumah pengasuh.

Namun, seorang wanita mula risau dengan keselamatan puterinya selepas mendapat tahu kanak-kanak itu kerap dimandikan oleh suami pengasuh.

"Pengasuh anak aku, suami dia tak kerja tau. Anak aku cakap dia hari-hari ada dekat rumah.

Children looking for porn sites on tablet.

Keselamatan anak-anak sentiasa menjadi keutamaan ibu bapa. -Gambar hiasan

"Lepas tu aku saja bersembang. Aku tanya siapa mandikan dan bawa ke tandas? Dia jawab 'ayah'. 

"Haish, anak aku perempuan," tulis wanita itu dalam satu hantaran di media sosial tanpa mendedahkan usia anaknya.

Perkongsian itu ternyata mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya memberi saranan kepada wanita itu agar segera bertidak demi menjaga keselamatan anaknya.

  • Wanita dakwa anak perempuannya dimandikan oleh suami pengasuh.
  • Kisah itu tular selepas dia berkongsi kebimbangannya di media sosial,
  • Ramai netizen menyeru wanita itu agar menamatkan khidmat pengasuhnya.
  • Wanita itu kemudiannya memberitahu anaknya tidak lagi akan dihantar ke rumah pengasuh berkenaan.

"Jangan tangguh-tangguh awak. Jangan sesekali. Kalau boleh esok dah tak payah hantar ke rumah pengasuh tu.

"Bahaya, saya sebagai pengasuh tak akan benarkan suami atau anak lelaki mandikan anak asuhan.

"Katakan tidak. Saya pun pengasuh. Saya tak bagi suami mandikan anak asuhan kecuali budak lelaki," tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasuh kasari budak 2 tahun, tekup mulut minta berhenti menangis... Polis buka kertas siasatan

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasuh berhenti kerja nak jaga mentua hanya ‘wayang’, rupanya sakan cari ‘anak baru’ di media sosial... Wanita rasa dikhianati

Selepas kisah itu tular dan menerima ratusan komen netizen, pengadu itu dalam satu hantaran terbaharu memaklumkan dia memilih untuk menamatkan perkhidmatan pengasuh berkenaan.

"Bermula minggu depan, anak akan duduk di rumah kakak aku. Alhamdulillah selesai. Cuma belum beritahu pengasuh lagi sebab tak tahu nak cakap apa.

"Acik tu baik je, jarang cuti melainkan kecemasan. Cuma apabila suami dia dah pencen ni, memang menjadi masalah buat aku juga walaupun dua-dua baik," luahnya lagi.

Artikel Lain

Ibu Elfira Loy meninggal dunia