suria

“Tolong bayar guna IC bro” - Pemandu Civic hulur RM50, tebal muka minta guna kuota BUDI95... Rupanya tiada lesen memandu

Individu yang tiada MyKad dan lesen memandu tidak layak menikmati BUDI95.

HAMPIR dua minggu program subsidi petrol bersasar BUDI95 dilaksana, pelbagai insiden pelik tapi benar berlaku dalam kalangan pengguna.

Terbaru, seorang lelaki berkongsi pengalaman didatangi pemuda yang memandu Honda Civic bagi meminta bantuannya ketika sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak.

Menurutnya, lelaki itu menyapa dengan sopan sebelum meminta bantuannya untuk mengisi petrol.

Rakyat Malaysia yang mempunyai lesen memandu layak menikmati BUDI95. -Gambar hiasanRakyat Malaysia yang mempunyai lesen memandu layak menikmati BUDI95. -Gambar hiasan

"Lelaki tu datang dekat, dia cakap... saya nak isi minyak tapi tak dapat harga subsidi. Boleh tak saya bagi bro RM50, tapi tolong bayar kat kaunter guna IC bro.

"Apabila saya tanya kenapa tak dapat subsidi, dia kata tiada lesen memandu," kongsinya di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: “Patut la ramai bash BUDI95” - Cikgu sampaikan rungutan pelajar, geram kena isi minyak motosikal tanpa subsidi gara-gara tiada lesen

ARTIKEL BERKAITAN: Juruwang stesen minyak ‘disembur’ pelanggan wanita, berang diminta bayar RON95... Sangka BUDI95 program petrol percuma

Namun, lelaki tersebut menolak permintaan pemuda berkenaan kerana kuota subsidi minyaknya juga sudah hampir habis.

“Apabila saya cakap macam tu, muka dia terus nampak tak puas hati,” katanya.

  • Seorang lelaki didatangi pemandu Honda Civic minta untuk guna kuota subsidi BUDI95.
  • Pemuda itu mahu lelaki terbabit bayar di kaunter menggunakan kad pengenalannya.
  • Alasan diberikan ialah dia tidak dapat subsidi kerana tiada lesen memandu.
  • Lelaki berkenaan tolak permintaan itu kerana kuota subsidinya juga hampir habis.
  • Netizen kecam sikap pemandu Civic kerana memandu tanpa lesen sah.

Perkongsian berkenaan mendapat perhatian netizen yang meminta lelaki tersebut jangan melayan permintaan pemuda terbabit yang dianggap berkira untuk mengambil lesen tetapi mampu memiliki kereta.

"Jangan tolong orang macam ni. Kenapa tiada rasa tanggungjawab nak ambil lesen daripada awal? Kereta mahal juga tu. Orang lain boleh pula patuh undang-undang jalan raya negara.

"Pakai Civic tapi lesen kereta pun tak mampu ambil. Patut ramai pemandu biadab atas jalan sekarang.

Reaksi netizenReaksi netizen

"Tak malunya dah la tiada lesen, boleh pula minta tolong macam tu," kata netizen.

Untuk rekod, memandu tanpa lesen adalah kesalahan serius di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kesalahan memandu tanpa lesen memandu yang sah boleh dikenakan tindakan mahkamah dengan denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan, atau kedua-duanya.

Artikel Lain