TIADA siapa yang benar-benar bersedia untuk kehilangan ibu bapa, walaupun kita tahu waktu itu pasti akan tiba.
Di Thread, seorang wanita meraih perhatian selepeas berkongsi foto nasi goreng terakhir yang dimasak oleh arwah ibunya.
Menurut Dyana Arshad, dia dan adik beradiknya menjamah hidangan itu dalam linangan air mata selepas arwah ibunya dikebumikan.

Foto nasi goreng yang dikongsi oleh wanita itu menerusi Thread.
"Genap tiga tahun yang lepas, tarikh 9 Oktober 2022. Kami makan nasi goreng ni masa jasad mak dah dalam kubur.
"Tak boleh bayang perasaan masa makan nasi goreng ni. Semua adik beradik makan. Semua pakat suap sambil berlinangan air mata.
"Dialog masa tu, makanlah nasi goreng mak ni, lepas ni tak ada dah. Itulah last nasi goreng paling sedap kami rasa," tulisnya.
- Wanita kongsi foto nasi goreng terakhir yang dimasak arwah ibunya.
- Dia dan adik beradiknya jamah makanan terakhir air tangan ibu selepas jenazah ibu dikebumikan.
- Mereka semua menikmati hidangan nasi goreng itu dalam linangan air mata.
- Beberapa netizen kongsi kisah sama dalam hantaran Thread itu.
Hantaran itu dihujani pelbagai komen netizen yang rata-ratanya turut merasakan kesedihan membaca perkongsian kisah berkenaan.
Malah, beberapa pelayar Thread berkata mereka juga melalui situasi hampir sama seperti wanita itu.
"Mak aku suka simpan kuih frozen dalam peti. Dah enam bulan dia pergi, kami masih merasa air tangan dia.
ARTIKEL BERKAITAN: Baru 4 hari meninggal, adik beradik arwah ibu gelojoh berebut tanah... Makcik pula sentap tak diupah jadi katerer majlis tahlil
ARTIKEL BERKAITAN: Nampak katil masih di ruang tamu, rakaman pemuda lawat rumah arwah ibu buat ramai sedih - “Mak aku selalu duduk sana tu”
"Mak saya meninggal lima tahun lepas. Seminggu sebelum meninggal, dia teringin cendol. Dia jamah sikit, tak habis. Sampai sekarang saya bekukan cendol tu, tak sanggup nak makan.
"Sedih baca status ni dan komen-komen mereka yang kehilangan insan tersayang. Al-Fatihah.
"Saya menangis baca ni, sebab tu sekarang saya belajar masak bagi sama rasa macam masakan mak dan nenek," tulis netizen.


