suria

Gaji dipotong sebab solat Jumaat, pemuda kerja dalam keadaan susah hati... Buat kiraan tiap kali masuk bulan baharu

Masih ada majikan memotong gaji pekerja kerana solat Jumaat. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki terkilan selepas mendakwa gajinya dipotong hanya kerana menunaikan solat Jumaat, walaupun garis panduan mengenainya terdapat dalam Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Lelaki itu berkata, dia terkejut apabila majikan memotong pendapatan bulanannya sedangkan kebanyakan syarikat mematuhi peraturan yang membenarkan pekerja beragama Islam diberi waktu untuk keluar bagi menunaikan solat Jumaat.

Menurutnya, dia hanya mengetahui perkara itu selepas mendapatkan penjelasan daripada pihak sumber manusia (HR) syarikat.

Menunaikan solat adalah kewajipan umat Islam. -Gambar hiasanMenunaikan solat adalah kewajipan umat Islam. -Gambar hiasan

"Terkedu pergi solat Jumaat kena potong gaji. Dah 2025, ingatkan semua syarikat dekat Johor dah ikut guideline JTK. 

"Ternyata masih ada je macam ni. Bulan lepas start kerja jumpa (ada) dua Jumaat je, bulan ni (Oktober) bakal jumpa lima Jumaat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekeluarga dihalau keluar gara-gara lewat dua hari bayar sewa rumah, pemilik tolak alasan gaji jatuh hari cuti umum

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tinggal sembahyang pun boleh dihumban ke neraka, hindari beberapa perkara melalaikan ketika solat

Lelaki itu turut berkongsi slip gaji September yang menunjukkan gajinya dipotong, selain WhatsApp perbualannya bersama HR.

WhatsApp yang dikongsi menunjukkan HR mengakui potongan gaji dilakukan bagi waktu rehat solat Jumaat, namun ada kes di mana pekerja dibenarkan menggantikan masa kerja tanpa potongan gaji.

"Nak tanya mengenai time off solat Jumaat tu, time off tu dia deduct dari gaji ya kak?" soalnya.

“Ye betul. Tapi kalau macam encik balik lambat atau buat gantian masa, company tak tolak, just ganti masa tu je,” balas HR berkenaan.

  • Seorang lelaki mendakwa gajinya dipotong kerana keluar menunaikan solat Jumaat, walau peraturan JTK tetapkan hak pekerja Islam untuk berbuat demikian.
  • Lelaki itu terkilan potongan dibuat walau syarikat lain sudah patuh kepada garis panduan JTK.
  • Tangkapan skrin perbualan WhatsApp menunjukkan HR mengakui potongan dibuat, namun pekerja dibenarkan menggantikan masa tanpa potongan gaji.
  • Pekerja berkenaan sudah bincang dengan HR dan beri amaran akan tinggalkan syarikat jika isu itu tak diselesaikan.
  • Warga maya nasihat buat laporan rasmi kerana tindakan memotong gaji ketika solat Jumaat dianggap melanggar hak pekerja di bawah Akta Kerja 1955 dan garis panduan JTK.

Katanya, dia telah memaklumkan kepada pihak HR agar menyampaikan perkara itu kepada majikan dan memberi ruang untuk pekerja lelaki solat Jumaat. 

“Semalam dah cakap dengan HR, tolong bagitahu bos, tolong bagi rehat solat Jumaat. Kalau tak jalan juga, saya akan keluar dari sini,” katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Warga maya yang membaca perkongsian lelaki itu memintanya membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana ia melanggar garis panduan JTK.

"Salah ni boleh report. Dalam akta ada kena bagi sekurang-kurangnya 20 minit untuk solat fardu tak termasuk rehat ya dan sejam untuk solat Jumaat bagi lelaki.

"Tunang saya pun ada isu pasal solat Jumaat, akhirnya dia ambil keputusan untuk behenti," antara komen netizen.

 

Artikel Lain