suria

Jalani kehidupan PJJ, isteri serba salah suami beli 'sex toys' puaskan nafsu - "Tak tahu nak marah atau simpati"

Banyak menyimpan rahsia menyebabkan pasangan suami isteri mudah bergaduh. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita berasa keliru selepas menemui rekod pembelian alatan seks (sex toys) dalam akaun platform e-dagang milik suaminya.

Menurutnya, dia dan suami kini menjalani perhubungan jarak jauh (PJJ), namun tidak menyangka suami perlu menggunakan alat tersebut semata-mata untuk memuaskan nafsu seks.

Mengetahui tentang perkara ini, terus timbul rasa keliru sama ada tindakan suaminya itu adalah sesuatu yang normal bagi pasangan PJJ.

Pasangan PJJ berdepan dengan pelbagai ujian bila berjauhan. -Gambar hiasanPasangan PJJ berdepan dengan pelbagai ujian apabila berjauhan. -Gambar hiasan

“Maaf tanya, kami PJJ. Jika suami gunakan sex toys untuk puaskan diri, itu dikira normal ke? Sebab saya terbuka akaun Shopee suami, tengok history ada beli sex toys. 

"Saya tanya suami, dia diam dan cakap saya tak faham. Tak tahu nak marah atau simpati, saya keliru,” luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa kondom basah dalam bilik anak buah, ‘sex toys’ pun ada! Abang ipar mengaku dia punya, habuan lampias nafsu sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Dah la PJJ, lebihkan emak pula! Isteri bengang suami sering mungkir janji dengan anak demi santuni ibu

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial dengan ada yang bersetuju dengan tindakan suami wanita tersebut.

Ada juga warga maya menasihatkan supaya pasangan itu berusaha mencari jalan penyelesaian secara syarak.

  • Seorang wanita keliru selepas lihat rekod pembelian alatan seks dalam akaun e-dagang milik suami.
  • Wanita itu persoal sama ada tindakan suami guna sex toys untuk puaskan diri dianggap normal bagi pasangan PJJ.
  • Sejumlah pengguna media sosial pertahankan tindakan suaminya atas alasan fitrah manusia mempunyai keinginan dan nafsu.
  • Ada juga yang tegaskan bahawa cara melayan nafsu perlu berpandukan syariat.
  • Isu ini undang perdebatan dalam talian, dengan ramai menyeru pasangan berkomunikasi dan mencari penyelesaian yang menjaga keharmonian rumah tangga.

“Dia ada nafsu, ada orang kuat nafsunya. Dari dia 'langgan' perempuan, usahalah supaya tinggal bersama. 

"Tak semua benda kita boleh dapat semuanya. Kalau tak nak suami guna alat palsu tu, berhenti kerja dan cari kerja yang boleh duduk serumah,” katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Namun, pandangan itu ditegur oleh seorang netizen yang menekankan bahawa nafsu perlu dikawal mengikut batas agama.

“Nafsu itu fitrah, tapi cara melayaninya mesti ikut batas syarak. Islam bukan sekadar suruh tahan nafsu, tapi tunjuk jalan yang halal dengan nikah, sabar dan usaha cari penyelesaian yang Allah reda.

"Kalau mula mencari alasan untuk halalkan dosa, lama-lama hati jadi biasa dengan maksiat," katanya.

 

Artikel Lain