suria

Bawa anak sakit pergi klinik, doktor 'marah' rakan sejawat buat kerja cincai! Caj beratus, jumpa tak sampai seminit

Ada pesakit lebih selesa mendapatkan ubat secara terus di farmasi berbanding berjumpa doktor. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita yang berkhidmat sebagai pegawai perubatan meluahkan rasa kecewa selepas menerima layanan yang disifatkan tergesa-gesa daripada seorang doktor perubatan am (GP) ketika membawa anaknya mendapatkan rawatan.

Menerusi perkongsian di TikTok, katanya, dia membawa anak yang sudah tiga hari tidak sihat dan mengalami cirit-birit ke sebuah klinik. 

Namun, dakwanya, sesi konsultasi bersama doktor berkenaan tidak sampai satu minit, selain dia tidak diberi ruang untuk menenangkan anak yang ketika itu sedang menangis.

Keadaan di klinik kesihatan sentiasa dipenuhi dengan pesakit. -Gambar hiasanKeadaan di klinik kesihatan sentiasa dipenuhi dengan pesakit. -Gambar hiasan

“Saya tengah tenangkan anak yang menangis, belum sempat duduk pun, doktor terus cakap nak bagi ubat ini dan itu. Saya pun tak sempat nak beritahu sejarah penyakit anak dengan betul.

"Tak check sangat pun, habis macam tu je. Kalau saya jumpa doktor dan doktor tak cakap apa-apa, cakap nak bagi ubat ni, ubat ni, baik pergi farmasi. Farmasi pun boleh cakap semua benda tu kat saya," katanya, kesal.

ARTIKEL BERKAITAN: Garangnya jururawat! Pesakit terlepas jawab ‘call’, datang klinik kena ‘sound’ - “Bertahun guna buku manual, tak ada sistem-sistem ni”

ARTIKEL BERKAITAN: “Mata jangan sampai naik putih!” - Ibu hamil datang KK buka buku ‘pink’ kali ketiga dimalukan jururawat, gurau lucah tak bertempat

Wanita itu turut berpendapat, walaupun pesakit datang untuk mendapatkan ubat, doktor seharusnya memberi penjelasan tentang diagnosis dan tujuan setiap ubat yang diberikan.

“Sebagai doktor keluarga, anda perlu berkomunikasi. Cakaplah sekurang-kurangnya kemungkinan jangkitan kuman ke, atau food poisoning. Bukan terus bagi ubat tanpa penerangan," katanya.

Apa yang lebih mengecewakan, dia pergi ke klinik itu pada waktu pagi ketika bilangan pesakit tidak ramai dan bukannya pergi ke klinik kerajaan yang biasanya sibuk.

  • Seorang wanita yang juga doktor kecewa selepas mendakwa seorang doktor perubatan am beri layanan tergesa-gesa ketika rawat anaknya.
  • Katanya, sesi konsultasi tak sampai seminit dan dia tak diberi masa menenangkan anak yang menangis ketika diperiksa.
  • Wanita itu tegur doktor berkenaan kerana tak terangkan diagnosis sebaliknya terus tulis preskripsi.
  • Kejadian berlaku pada waktu pagi ketika pesakit tidak ramai.
  • Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai warganet, termasuk pesakit lain yang mendakwa pernah mengalami pengalaman serupa.

“Kalau pesakit ramai, saya faham konsultasi perlu cepat. Tapi waktu saya datang tu masih awal pagi. Tak ramai orang pun.

“Bayar RM100 lebih, tapi consultation tak sampai seminit. Kalau begini, baik saya terus beli ubat di farmasi,” ujarnya.

Reaksi warga maya.Reaksi warga maya.

Perkongsian itu menarik perhatian dengan ramai yang bersetuju situasi sebegitu sering berlaku di klinik.

"Saya pi klinik sebab batuk hampir seminggu, bila masuk tak sampai dua minit. Nak cerita pun tak sempat habis cerita. 

"Pernah kena macam ni. Tanya je tak pegang tak periksa terus cakap nak bagi ubat," katanya.

 

Artikel Lain