suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berderai air mata ibu, anak mengadu barangan peribadi dirampas dan dilelong! Warden asrama minta RM4 jika nak tebus

Disiplin bertujuan mendidik pelajar, namun bentuk hukuman yang dikenakan kerap mencetuskan pertikaian. -Gambar hiasan AI

TINGGAL di asrama bukan sekadar mengajar pelajar hidup berdikari, malah mendidik disiplin diri yang tinggi untuk mematuhi pelbagai peraturan ditetapkan.

Seorang ibu berasa tersentuh apabila mendengar luahan anak lelakinya yang berdepan kesukaran selepas beberapa barangan peribadi dirampas kerana melanggar peraturan asrama.

Menurut wanita itu, anaknya menghubunginya pada waktu malam menggunakan telefon milik seorang ustaz yang merupakan warden asrama sebelum mengadu barangan mandi dan beberapa helai pakaiannya sudah diambil.

Asrama pelajar menyimpan pelbagai kisah suka duka. -Gambar hiasan AI

Asrama pelajar menyimpan pelbagai kisah suka duka. -Gambar hiasan AI

"Saya tanya kenapa barang diambil, dia beritahu terlupa nak simpan selepas mandi. Pakaian pula direndam dalam baldi dan ditinggalkan dalam bilik air.

"Anak maklum rendam dua hari sebelum ustaz maklumkan dia ambil pakaian tu simpan dekat pejabat asrama," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda minta mak ayah fikir sebelum hantar anak ‘lembut’ masuk asrama... Dakwa lebih mudah dibuli, jadi sasaran gangguan seksual

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak kisah jika anda produk SBP dan berjaya” - Ibu nekad tak izin anak masuk asrama umur 13 tahun, muda sangat!

Menurut wanita itu lagi, anaknya memaklumkan pelajar perlu membayar denda RM4 bagi setiap barangan untuk mendapatkannya semula.

"Dia minta saya bayarkan. Saya dan suami tak berikan anak wang tunai masa hantar dia minggu lepas jadi dia memang tiada duit tunai.

"Saya nak WhatsApp ustaz minta nombor akaun tapi suara anak berubah. Dia cakap semua barangan dia dah kena lelong.

"Dia kata... barang angah kena lelong. Mereka dah beli ubat gigi, berus gigi, sabun, pencuci muka semua," katanya lagi.

Menurut wanita itu, suara anaknya mula bergetar sehingga membuatkan dia sendiri sebak, namun cuba menenangkan remaja berkenaan.

Dia berjanji akan membeli semula semua keperluan tersebut dan mengatur penghantaran ke asrama, selain membayar denda bagi mendapatkan semula pakaian sekolah anaknya.

"Anak aku tak ada wang tunai. Telefon pun dia tak pegang sebab tu dia telefon aku guna telefon ustaz. Tak ada e-dompet. Apa yang ustaz dia jangkakan?

"Aku tak galakkan dia pinjam duit kawan. Berair juga mata ini ketika bercakap dengan dia," katanya.

  • Pelajar mengadu barangan mandi dan pakaiannya diambil kerana melanggar peraturan asrama.
  • Dia diminta membayar denda RM4 bagi setiap barangan untuk mendapatkannya semula.
  • Namun, beberapa barangan mandi didakwa sudah dilelong dan dibeli pelajar lain.
  • Ibu sebak kerana anaknya tidak mempunyai wang tunai untuk membayar denda.
  • Walaupun sedih, ibu tetap menasihati anaknya supaya lebih berdisiplin dan tidak cuai.

Walaupun sedih dengan situasi tersebut, wanita itu tetap menasihati anaknya supaya mengambil kejadian berkenaan sebagai pengajaran dan lebih berdisiplin selepas ini.

"Tapi aku nasihatkan juga dia jangan cuai dan leka. Tinggal di asrama memang macam itu, kena disiplin.

"Aku cuba positifkan dia, padahal hati aku sedih. Kalau aku di tempat dia, rasa macam tertekan. Dah la tak ada duit, tak dapat nak tebus barang," katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mempertikaikan bentuk hukuman asrama tersebut yang dianggap melampau.

"Asrama apa ni sampai kena bayar dan dilelong? Macam tak betul je caranya siap jual barang bukan hak milik ustaz tu.

"Asrama aku dulu kena potong merit apabila buat salah atau langgar peraturan.

"Kalau aku, memang jumpa ustaz tu. Ni bukan cara nak dispilinkan anak-anak tapi nak jejaskan emosi," komen warga maya.

Artikel Lain