suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan cepat sangat terpedaya, ‘Semak Mule’ dulu! Hanya beberapa saat je, elak wang lesap ke tangan ‘scammer’

Portal ini memudahkan orang ramai membuat semakan terhadap nombor akaun bank, nombor telefon serta nama syarikat yang disyaki mempunyai kaitan dengan laporan jenayah penipuan kewangan dalam talian.

DALAM era digital serba pantas, urusan jual beli, perbankan dan pembayaran kini hanya di hujung jari.

Namun di sebalik kemudahan tersebut, wujud risiko yang tidak boleh dipandang ringan apabila penipu atau scammer turut menggunakan kecanggihan teknologi untuk memperdaya mangsa.

Saban hari, ada sahaja laporan mengenai individu yang menjadi mangsa penipuan dalam talian malah tidak kurang yang mengalami kerugian mencecah ribuan hingga jutaan ringgit.

Lebih membimbangkan, taktik yang digunakan scammer semakin licik sehingga ada mangsa hanya menyedari mereka ditipu selepas transaksi selesai.

Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terburu-buru membuat sebarang transaksi terutama apabila berurusan dengan individu atau syarikat tidak dikenali.

ARTIKEL BERKAITAN: Niat nak bebas hutang, tapi terjerat pula ‘scammer’ tunggang isu ah long... Mangsa dedah ejen bantuan palsu mula buat duit!

Dalam usaha membantu masyarakat tertipu dengan sindiket ini, Jabatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyediakan portal Semak Mule.

Portal berkenaan yang dilancarkan pada 2020 bagi memudahkan orang ramai membuat semakan terhadap nombor akaun bank, nombor telefon serta nama syarikat disyaki mempunyai kaitan dengan laporan jenayah penipuan kewangan dalam talian.

Bagaimanapun kewujudan portal tersebut masih belum dimanfaatkan sepenuhnya memandangkan masih ada mengambil mudah soal semakan sebelum membuat pembayaran.

Hakikatnya, langkah mudah itu boleh menjadi antara usaha awal untuk mengelakkan seseorang daripada terjebak sebagai mangsa penipuan.

Pendek kata, jika mahu beli barang secara dalam talian, membayar deposit atau pun berurusan dengan individu baharu dikenali, ambil sedikit masa untuk membuat semakan terlebih dahulu di Semak Mule sebelum melakukan sebarang transaksi.

Sekiranya hasil semakan menunjukkan terdapat rekod laporan berkaitan penipuan, sebaik-baiknya hentikan dahulu transaksi dan lakukan pemeriksaan lanjut.

Jangan kerana terlalu teruja dengan tawaran murah, mahu mengejar peluang atau takut terlepas sesuatu urusan, kita terus membuat pembayaran tanpa melakukan semakan.

Meluangkan masa beberapa saat untuk menyemak mungkin kelihatan kecil, tetapi impaknya ia mampu  menyelamatkan wang anda daripada lesap begitu sahaja.

Artikel Lain