suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selama ini salah ‘setting’ rupanya! Individu kongsi tiga tip guna aircond, bil elektrik ‘confirm’ tak sampai RM50

Peningkatan bil elektrik sering dikaitkan dengan penggunaan pendingin hawa lebih-lebih lagi untuk tempoh yang lama. -Gambar hiasan AI

BAGI kebanyakan isi rumah, penggunaan pendingin hawa antara perkara sering dikaitkan dengan peningkatan bil elektrik, terutama jika digunakan untuk tempoh berjam-jam lamanya setiap hari.

Namun, cara tetapan (setting) pendingin hawa juga dikatakan boleh mempengaruhi penggunaan tenaga elektrik.

Seorang individu berkongsi pengalamannya selepas mencuba tip dari media sosial untuk mengubah tetapan pada pendingin hawa di rumah dan mendapati bil elektrik bulanannya turun pada paras bawah RM50.

"Menjadi weh! Pertama kali aku dapat tengok bil bawah RM50," tulisnya menerusi satu perkongsian di Threads.

Menurutnya, terdapat beberapa tetapan yang boleh dicuba bagi mereka yang mahu mengurangkan penggunaan elektrik ketika menggunakan pendingin hawa.

1. Tetapkan kipas (fan) kepada auto

Katanya, fungsi tersebut membolehkan kipas pendingin hawa melaras kelajuan secara automatik mengikut keadaan suhu bilik.

Apabila kipas tidak perlu beroperasi pada kelajuan tinggi secara berterusan, penggunaan elektrik juga berpotensi dikurangkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam-macam cara dah buat tapi bil tetap tak kurang... Ini tip ‘pro’ jimat elektrik jika guna pendingin hawa di rumah

2. Tetapkan suhu sekitar 25 darjah celcius

Tetapan suhu 25 darjah celcius turut dicadangkan kerana ia membolehkan penghawa dingin beroperasi dengan lebih seimbang tanpa perlu bekerja terlalu kuat untuk mencapai suhu yang terlalu rendah.

3. Tetapkan off swing 

Menurut perkongsian itu, apabila suhu ditetapkan pada 25 darjah celcius dan kipas menggunakan mod auto, fungsi swing boleh digunakan mengikut keselesaan penghuni bagi membantu mengedarkan udara sejuk dengan lebih berkesan.

"Swing tu buat statik menghadap tempat korang tidur atau tempat korang duduk je," katanya.

Bagaimanapun, ujarnya keberkesanan tetapan berkenaan turut bergantung kepada jenis dan model pendingin hawa yang digunakan.

Dia menyarankan agar mereka yang mahu membeli pendingin hawa baharu untuk memilih model inverter serta mempunyai penarafan kecekapan tenaga yang baik.

"The best untuk jimat, cari yang inverter dan 4 hingga 5 star," katanya.

Artikel Lain