PENGGUNAAN pendingin hawa yang tidak terkawal sering menjadi antara punca peningkatan bil elektrik bulanan, terutama apabila melibatkan tabiat harian remeh tetapi memberi kesan besar terhadap penggunaan tenaga.Sehubungan itu, seorang individu berkongsi beberapa tip penjimatan elektrik yang dipelajari daripada seorang juruteknik penyaman udara. Katanya terdapat beberapa kesilapan biasa yang perlu dielakkan seperti:1. Tetapkan suhu terlalu rendah (16 hingga 20 darjah celsius)Semakin rendah suhu ditetapkan, semakin kuat kompresor perlu bekerja. Ia tidak membuatkan bilik sejuk lebih cepat, sebaliknya meningkatkan penggunaan elektrik. Suhu ideal yang disarankan ialah sekitar 24 hingga 26 darjah celsius kerana lebih menjimatkan dan masih selesa.2. Kerap hidup dan matikan aircondTabiat menghidupkan dan mematikan pendingin hawa secara berulang kali sebenarnya menggunakan lebih banyak tenaga. Setiap kali dihidupkan, kompresor perlu bermula semula dengan penggunaan tenaga yang tinggi. Jika keluar sekejap, lebih baik biarkan ia terus beroperasi atau gunakan fungsi pemasa (timer).3. Tidak membersihkan penapis (filter)Penapis yang berhabuk akan mengganggu aliran udara dan menyebabkan pendingin hawa bekerja lebih keras. Disarankan agar penapis dibersihkan setiap dua hingga empat minggu bagi memastikan prestasi kekal optimum.4. Guna aircond dengan pintu atau tingkap terbukaUdara sejuk akan keluar jika ruang tidak ditutup rapat, menyebabkan sistem terpaksa beroperasi lebih lama untuk mengekalkan suhu bilik.5. Tidak menggunakan fungsi pemasaMembiarkan pendingin hawa beroperasi sepanjang malam tanpa kawalan boleh meningkatkan penggunaan elektrik.Penggunaan pemasa selama empat hingga enam jam sudah memadai untuk keselesaan tidur, selain membantu menjimatkan bil elektrik.