suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syok dengar bunyi desis kuali panas kena air sejuk? Awas, tabiat ‘puas hati’ ini punca peralatan dapur tak tahan lama

Ada cara tertentu untuk mencuci kuali agar ia tahan lama dan tidak mudah rosak. -Gambar hiasan AI

TANPA disedari, ada beberapa tabiat kecil yang sering dilakukan di dapur sebenarnya boleh memendekkan jangka hayat barangan kesayangan di rumah.

Antara kesilapan popular yang ramai buat ialah terus menyiram atau mencuci kuali yang masih membahang panas dengan menggunakan air paip sejuk.

Bagi sesetengah orang, bunyi kuali panas terkena air sejuk mungkin memberi kepuasan dan menganggap kotoran seakan-akan mudah ditanggalkan.

Namun, daripada sudut sains, perubahan suhu secara mendadak itu boleh memberi tekanan kepada material kuali.

Fenomena ini dikenali sebagai 'thermal shock' atau kejutan haba.

Apa yang berlaku pada kuali?

Ketika digunakan untuk memasak, kuali menerima haba yang tinggi menyebabkan materialnya mengembang.

Apabila air sejuk dicurahkan secara tiba-tiba, permukaan kuali pula mengalami penyejukan yang mendadak dan mula mengecut.

Perubahan suhu yang terlalu cepat ini boleh menyebabkan tekanan pada struktur kuali, terutama jika dilakukan berulang kali.

ARTIKEL BERKAITAN: Selama ini salah ‘setting’ rupanya! Individu kongsi tiga tip guna aircond, bil elektrik ‘confirm’ tak sampai RM50

Kesan kepada kuali

1. Kuali boleh melengkung

Keadaan ini bukan sahaja mengganggu kestabilan kuali ketika digunakan, malah boleh menyebabkan haba tidak tersebar secara sekata ketika memasak.

2. Lapisan non-stick boleh terjejas

Perubahan suhu secara mendadak dan berulang boleh mempercepatkan kerosakan atau pengelupasan lapisan non-stick.

Sebab itu, penjagaan yang betul penting bagi memastikan permukaan kuali kekal dalam keadaan baik.

3. Kuali boleh retak

Peralatan memasak yang diperbuat daripada bahan seperti besi tuang juga tidak terkecuali daripada kesan kejutan haba.

Walaupun kelihatan kukuh dan tahan lasak, perubahan suhu yang ekstrem boleh menyebabkan tekanan pada material dan dalam keadaan tertentu, mengakibatkan keretakan.

Cara mencuci yang betul

- Cara paling mudah ialah beri masa kepada kuali untuk menyejuk secara beransur-ansur selepas selesai memasak.

- Biarkan selama beberapa minit sehingga suhunya turun dan kuali menjadi suam sebelum dicuci.

- Jika perlu mencucinya dengan segera, penggunaan air suam atau air panas adalah pilihan lebih baik berbanding terus menyiram kuali yang masih panas dengan air sejuk.

Nampak seperti perkara kecil, tetapi penjagaan sebegini boleh membantu memastikan peralatan memasak tahan lebih lama dan tidak mudah rosak.

Artikel Lain

Ibu Elfira Loy meninggal dunia