SETIAP tukang masak mempunyai cara dan petua tersendiri dalam menyediakan hidangan termasuk membabitkan penyediaan bahan mentah.Namun, kebelakangan ini kaedah mencairkan ayam beku menggunakan campuran air, cuka dan garam kian tular di laman sosial kerana dikatakan mampu menjimatkan masa serta meningkatkan kualiti masakan. Tampil memberi pandangan berbeza, seorang pakar kursus pengendalian makanan, Saiful Rahman menerusi hantaran di Threads menyenaraikan tiga risiko utama sekiranya petua popular berkenaan diamalkan:1. Air rendaman bertakungBakteria daripada ayam boleh tersebar dalam air dan mencemarkan bekas, sinki ataupun permukaan tangan.2. Cair tidak sekataDaripada luaran, ayam mungkin kelihatan sudah lembut namun isi bahagian dalam sebenarnya masih dalam keadaan beku. Jika terus dimasak atau digoreng, ayam tidak akan masak secara sekata.3. Garam bukan bahan pembersihPenggunaan garam dan cuka tidak bertindak sebagai bahan pencuci bakteria pada ayam mentah.Sebaliknya kuman seperti Salmonella dan Campylobacter masih ada dan berisiko menyebabkan isu keracunan makanan.Jelasnya, kaedah lebih selamat digunakan ialah seperti:1. Nyah beku dalam peti sejuk (chiller)2. Guna air yang mengalir3. Guna fungsi defrost ketuhar dan terus masakDalam pada itu, dia turut mengesyorkan penggunaan beg plastik pembungkus jenis ziplock bagi melindungi ayam mentah daripada terdedah secara terus kepada kuman."Sebenarnya, memasukkan ayam ke dalam beg ziplock dan merendamnya di dalam air sejuk memang antara kaedah yang boleh digunakan."Cara ini dapat mengurangkan risiko percikan kerana air tidak menyentuh ayam secara terus. Cuma, pastikan beg tidak bocor dan air kekal sejuk. Tukar air dengan kerap sehinggalah ayam betul-betul nyahbeku," ujarnya.