SETIAP kali menempah tiket Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS), kebanyakan daripada kita lazimnya akan memilih nombor tempat duduk secara rawak.Asalkan ada kekosongan dan dapat meneruskan perjalanan, itu sudah memadai. Namun, selepas tren mula bergerak untuk perjalanan yang mengambil masa antara empat hingga enam jam, barulah timbul rasa kurang selesa.Manakan tidak, anda mula berasa terganggu akibat tempat duduk yang dipilih kerap menjadi laluan penumpang ke tandas, rimas dengan kesesakan orang beratur membeli makanan, dan paling tidak seronok apabila kerusi menghadap ke arah berlawanan arah pergerakan tren.Tapi tahukan kita, setiap koc ETS yang dioperasikan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebenarnya mempunyai fungsi serta kemudahan khas yang direka mengikut keperluan jenis penumpang berbeza.Perkara itu dikongsikan seorang pengguna Threads menggunakan akaun slowdayswithme.journal, yang memberi panduan praktikal memilih tempat duduk supaya perjalanan anda lebih menyenangkan.Berikut merupakan panduan dan fungsi koc yang dikongsikannya untuk dijadikan rujukan sebelum anda membuat tempahan tiket ETS yang seterusnya:1. Kenali fungsi setiap kocKoc C (Bistro & ruangan solat): Ia sangat sesuai bagi penumpang yang mahu mengisi perut, mengopi atau menyempurnakan urusan ibadah.Bagaimanapun, koc ini kurang ideal untuk penumpang yang mahu tidur dengan tenang kerana laluannya sentiasa sibuk dengan pergerakan keluar masuk penumpang lain.Koc D (Kemudahan aksesibiliti/OKU): Ramai menganggap Koc D merupakan koc paling selesa secara automatik.Namun hakikatnya, koc ini disediakan khas dengan kemudahan serta tandas mesra Orang Kurang Upaya (OKU).Koc A dan F (Ruang bagasi tambahan): Kedua-dua koc ini mempunyai rak bagasi tambahan. Ia amat praktikal bagi penumpang yang membawa beg pakaian yang banyak atau besar.Koc B dan E (Pilihan kasual): Bagi penumpang yang tidak memerlukan kemudahan bistro, ruang bagasi ekstra, atau fasiliti OKU, Koc B dan E merupakan pilihan terbaik untuk perjalanan lebih tenang.Peta tempat duduk dalam sistem pembelian tiket ETS turut berkongsikan maklumat mengenai tempat duduk yang dipilih pengguna. 2. Jangan sekadar pilih nombor seat, semak arah perjalananPemilihan nombor tempat duduk juga mempunyai kaedah tersendiri dan tidak sepatutnya dibuat berdasarkan label hot seat semata-mata.Semak anak panah arah perjalanan: Semasa membuat tempahan, perhatikan anak panah pada peta tempat duduk atau maklumat dikongsikan selepas tempat duduk dipilih.Pastikan kerusi menghadap ke hadapan mengikut arah perjalanan tren bagi mengelakkan rasa pening akibat duduk menghadap ke belakang.Membawa kanak-kanak: Pilih kombinasi tempat duduk bersebelahan (tingkap atau lorong).Ruang tingkap membolehkan anak menikmati pemandangan, manakala ruang lalu-lalang (aisle) memudahkan ibu bapa bergerak ke tandas.Penumpang solo: Tempat duduk berhampiran tingkap (window seat) menjadi pilihan utama untuk menikmati pemandangan, mendengar muzik, atau membaca buku sepanjang perjalanan.Elak gangguan: Sekiranya inginkan suasana yang tenang, elakkan memilih tempat duduk yang terlalu dekat dengan pintu masuk koc, tandas, mahupun bistro.Diharapkan perkongsian ini membantu anda menyemak susunan koc dan arah kerusi pada aplikasi tempahan terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran, agar perjalanan anda lebih selesa hingga ke destinasi.