Mainan tidur yang mencetuskan emosi seperti menangis sering kali mempunyai tafsiran tersirat di sebaliknya. -Gambar hiasan AI
MIMPI sering kali dianggap sekadar 'mainan tidur', namun ada kalanya ia mampu memberi impak emosi yang mendalam sebaik sahaja seseorang itu terjaga daripada lena.Ada individu yang mampu tersenyum gembira, namun tidak kurang juga tersedar dengan deraian air mata akibat emosi terlalu kuat dari alam mimpi. Daripada sudut sains, portal halodoc menjelaskan bahawa mimpi biasanya berlaku ketika fasa REM (Rapid Eye Movement), iaitu sewaktu otak sedang aktif memproses pelbagai ingatan serta emosi terkumpul.Justeru, mimpi sedih tidak semestinya membawa petanda buruk sebaliknya ia mungkin satu cerminan bahawa ada perkara baik atau pelepasan emosi yang sedang berlaku dalam diri seseorang di dunia nyata.Antara situasi mimpi yang sering dikaitkan dengan petanda baik ialah:1. Mimpi menangis- Boleh menggambarkan pelepasan emosi dan melegakan tekanan mental, terutama jika seseorang sukar meluahkan perasaan ketika berjaga.2. Mimpi kehilangan orang tersayang- Tidak semestinya bermaksud sesuatu yang buruk akan berlaku.- Ia mungkin mencerminkan rasa takut kehilangan atau membuatkan seseorang lebih menghargai hubungan sedia ada.3. Mimpi berasa sunyi- Mimpi berada dalam keadaan sunyi walaupun dikelilingi ramai orang mungkin berkait dengan individu terasing ataupun tidak dihargai.- Ia adalah petanda bahawa seseorang itu memerlukan hubungan sosial yang lebih bermakna.Bagaimanapun, sebarang tafsiran mimpi tidak wajar dianggap sebagai diagnosis perubatan rasmi atau ramalan tepat tentang masa depan.Jika mimpi buruk atau mimpi sedih berlaku dengan kerap sehingga mengganggu tidur dan kehidupan harian, situasi itu wajar diberi perhatian serta mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan.