Kelajuan cahaya bergerak pada kadar luar biasa iaitu kira-kira 300,000 kilometer setiap saat. -Foto Agensi
RAMAI antara kita pasti pernah belajar di sekolah bahawa cahaya merupakan entiti paling laju di alam semesta.Namun, adakah kita benar-benar memahami betapa signifikannya kelajuan cahaya itu jika dibandingkan dengan jarak dan waktu dalam skala alam maya? Menerusi satu hantaran di Facebook, seorang individu yang dipercayai seorang pendidik berkongsi pengalamannya dalam usaha memberikan kefahaman sebenar kepada para pelajar mengenai perkara tersebut."Pelajar tak nampak signifikasi kelajuan cahaya. Mereka anggap lapan minit cahaya matahari tiba di Bumi adalah satu jangka masa yang singkat," kongsi Amirul Rahim.Ekoran daripada itu, Amirul berkata dia terpaksa menggunakan perumpamaan daripada program penjelajahan Voyager 1 iaitu kapal angkasa ciptaan manusia yang berada di kedudukan paling jauh dari planet Bumi bagi memberikan gambaran yang lebih jelas."Saya beritahu mereka, Voyager 1 yang dilancarkan sejak tahun 1977 dulu pun dijangka baru sampai jarak satu hari cahaya pada November ini," katanya.Untuk rekod, Voyager 1 merupakan salah satu misi penerokaan angkasa lepas ikonik oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) yang dilancarkan pada tahun 1977.Tujuan asal penerokaan ini adalah untuk mengkaji planet gergasi di bahagian luar sistem suria seperti Jupiter, Saturn, Uranus, dan Neptune.Selepas menyempurnakan misi utama berkenaan, kedua-dua probe ini meneruskan perjalanan menuju ke ruang antara bintang, iaitu kawasan luar daripada Heliosfera.Voyager 1 dilancarkan pada 1977, iaitu kira-kira 50 tahun lalu. - AgensiHeliosfera merujuk kepada gelembung perlindungan gergasi yang dihasilkan oleh Matahari untuk melindungi seluruh sistem suria daripada radiasi berbahaya angkasa lepas.Malah, Voyager 1 turut membawa 'Golden Record', iaitu sekeping piring tembaga bersalut emas yang mengandungi mesej, gambar, serta bunyi-bunyian dari umi untuk sebarang hidupan luar atau extraterrestrial yang mungkin menemuinya pada masa hadapan.Hampir 50 tahun terbang, baru nak sampai 'satu hari cahaya'Menurut Amirul, meskipun kapal angkasa Voyager 1 telah dilancarkan oleh NASA sejak tahun 1977 dan memecut tanpa henti di angkasa lepas selama hampir 50 tahun, ia dijangka baru sahaja bakal mencatatkan jarak satu hari cahaya dari Bumi menjelang November ini.Bagi mereka yang kurang faham, kelajuan cahaya bergerak pada kadar luar biasa iaitu kira-kira 300,000 kilometer setiap saat.Bila disebutkan 1 hari cahaya, ia merujuk kepada jarak yang mampu ditempuh oleh cahaya jika ia bergerak tanpa henti selama 24 jam, iaitu bersamaan kira-kira 25.9 bilion kilometer.