Anak Krakatau yang aktif meletus sejak 4 September lalu menyebabkan puluhan penerbangan melibatkan lapangan terbang di Indonesia terpaksa dibatalkan.
PENERBANGAN komersial sebenarnya bukan sekadar bergantung kepada keadaan cuaca semasa sebelum sesebuah pesawat dibenarkan berlepas. Hakikatnya faktor keselamatan ruang udara turut menjadi pertimbangan utama, termasuk apabila berlaku letusan gunung berapi yang menghamburkan abu dan partikel berbahaya. Ketika ini, penerbangan dari dan ke Jakarta, Indonesia, termasuk yang melibatkan lapangan terbang di Bandung dan Lampung, dilaporkan dibatalkan susulan letusan Gunung Anak Krakatau di Selat Sunda.Selain Gunung Anak Krakatau yang aktif meletus sejak 4 September lalu, dilaporkan empat gunung berapi lain turut meletus serentak iaitu Gunung Ibu (Maluku Utara, Gunung Ili Lewotolok (Nusa Tenggara Timur) dan Gunung Semeru (Jawa Timur).Keadaan itu menyebabkan ramai penumpang terkandas, termasuk rakyat Malaysia yang berada di Indonesia dan terpaksa menangguhkan perjalanan mereka sehingga keadaan ruang udara kembali selamat untuk penerbangan.Namun, mengapa syarikat penerbangan memilih untuk menggantung atau membatalkan sementara operasi apabila berlaku letusan gunung berapi?Menurut TMW Lima Delta, pencipta kandungan yang banyak berkongsi mengenai dunia penerbangan menerusi media sosial, pesawat sememangnya tidak selamat untuk beroperasi sekiranya laluan penerbangan terdedah kepada abu gunung berapi.1. Abu daripada letusan gunung berapi seperti Gunung Anak Krakatau bukan sekadar debu biasa.Sebaliknya mengandungi partikel batuan dan kaca yang bersifat abrasif, sekali gus menjadi ancaman serius kepada keselamatan penerbangan.2. Berdasarkan penerangan daripada badan penerbangan seperti Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA), abu gunung berapi boleh memberi kesan kepada pesawat, khususnya enjin.3. Apabila abu tersebut disedut masuk ke dalam enjin, suhu yang sangat tinggi di dalam enjin boleh menyebabkan partikel abu mencair sebelum melekat pada komponen turbin. Keadaan itu berpotensi mengganggu aliran udara dan menjejaskan prestasi enjin.ARTIKEL BERKAITAN: Tak hirau ‘amukan’ Anak Krakatau, pelancong tetap banjiri Pantai Carita… Bersantai ‘nikmati’ hujan abu vulkanik4. Dalam situasi yang lebih serius, pengumpulan abu pada komponen enjin boleh menyebabkan flameout, iaitu keadaan apabila pembakaran dalam enjin terhenti dan enjin kehilangan kuasa.5. Abu gunung berapi juga boleh menghakis permukaan pesawat serta menjejaskan beberapa sistem penting.Tempias letusan abu Anak Krakatau memberi kesan kepada penduduk tempatan berhampiran.Antaranya termasuk sistem pitot dan data udara yang digunakan untuk mendapatkan maklumat penting berkaitan penerbangan seperti kelajuan udara dan parameter penerbangan lain.5. Abu gunung berapi tidak semestinya dapat dilihat dengan jelas oleh juruterbang, khususnya ketika ia berada pada kepekatan tertentu di ruang udara.6. Aspek keselamatan bukan hanya melibatkan ruang udara. Runway dan taxiway juga perlu diperiksa bagi memastikan tiada pencemaran abu yang boleh menjejaskan operasi pesawat.Justeru, keputusan syarikat penerbangan untuk menggantung atau membatalkan sementara penerbangan bukanlah semata-mata kerana mahu mengelakkan kelewatan atau gangguan operasi.Sebaliknya, tindakan itu merupakan langkah keselamatan bagi mengelakkan pesawat, kru dan penumpang daripada terdedah kepada risiko yang boleh berlaku akibat abu gunung berapi.Penerbangan hanya boleh diteruskan selepas keadaan dinilai dan disahkan selamat oleh pihak berkaitan.Keselamatan penumpang dan kru akhirnya menjadi keutamaan, walaupun keputusan tersebut menyebabkan perjalanan tergendala dan penumpang terpaksa menunggu lebih lama.