suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kereta tersadai berisiko hilang NCD, wajib lulus Puspakom jika ‘roadtax’ mati lebih tiga tahun

Cukai jalan kenderaan perlu diperbaharui dalam tempoh tidak kurang daripada tiga tahun. -Gambar hiasan AI

RAMAI pemilik kereta memilih untuk tidak memperbaharui cukai jalan dengan alasan kenderaan jarang digunakan atau tersadai di rumah.

Namun, keputusan membiarkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh untuk masa yang lama bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan, terutama apabila ia mahu digunakan semula.

Perkara itu dikongsikan ejen perunding insurans dan cukai jalan, Solehah Salleh menerusi hantaran di Threads  baru-baru ini.

Menurutnya, terdapat pelbagai pandangan dalam kalangan pengguna termasuk dakwaan bahawa tiada apa-apa kesan sekiranya kereta tidak bergerak dan ada juga yang mengatakan ia boleh menyebabkan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) berkurangan.

"Sebenarnya kalau kereta memang tak digunakan, tidak ada masalah roadtax expired sebab kereta itu memang tak bergerak.

"Tapi jangan fikir bila nak guna balik nanti, terus renew macam biasa tanpa perlu periksa apa-apa sebab tempoh kereta tidak diperbaharui (roadtax) boleh beri kesan kepada beberapa perkara," ulasnya.

Antara isu yang perlu diberi perhatian ialah tempoh tamat LKM dan status insurans kenderaan.

Bagi pemilik yang telah mengumpul NCD, semakan juga wajar dibuat kerana ia merupakan diskaun yang diberikan berdasarkan rekod tuntutan insurans.

"NCD ini yang bagi diskaun dekat premium insurans kita, jadi kalau sebelum ini dah kumpul NCD tinggi memang sayang kalau status berubah hanya sebab terlalu lama tak renew.

"Lagi satu, kalau LKM dah lebih tiga tahun tak diperbaharui, ada proses pemeriksaan yang perlu dibuat sebelum boleh renew semula," ujarnya.

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kenderaan yang tarikh luput LKM terakhirnya melebihi tiga tahun daripada tarikh permohonan pembaharuan perlu menjalani dan lulus pemeriksaan kenderaan sebelum cukai boleh diperbaharui.

Bagi kenderaan persendirian, pemeriksaan itu boleh dilakukan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Artikel Lain