suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Awas memandu waktu jerebu… Silap tekan butang ‘aircond’ kereta, anda sebenarnya sedang ‘tarik’ masuk udara beracun!

Bacaan IPU tidak sihat dialami beberapa kawasan seluruh negara termasuk Kuala Lumpur.  -Gambar The Star

ISU jerebu terus menjadi bualan hangat selepas 40 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat.

Bukan lagi perkara baharu, kemelut 'bermusim' ini acap kali melanda negara ekoran kejadian kebakaran hutan yang berlaku di negara jiran, Indonesia. 

Pun begitu, masih ada segelintir pihak memandang remeh situasi ini dan kurang cakna tentang langkah keselamatan yang sepatutnya diambil.

Berdasarkan perkongsian di akaun Threads unicare.clinic.hq terdapat tujuh pendekatan mudah yang boleh diambil bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan ketika musim jerebu iaitu:

Shah Alam merupakan antara kawasan terjejas akibat jerebu dengan bacaan IPU tidak sihat. -Gambar The Star

1. Pakai topeng pelindung muka

Orang ramai disarankan agar mengurangkan aktiviti di luar rumah terutama ketika bacaan IPU meningkat.

Sekali pun mahu keluar rumah, digalakkan memakai topeng jenis N95 atau KN95 yang berfungsi menapis zarah-zarah halus di udara.

2. Tukar mod recirculate pendingin hawa kereta

Ketika memandu, digalakkan menggunakan sistem pendingin hawa dalam mod kitaran ataupun 'recirculate' yang mampu menghalang udara tercemar dari luar memasuki ruang kabin kenderaan.

3. Bersihkan diri

Setiap kali pulang ke rumah, amalkan rutin mandi dan menukar pakaian bersih bagi mengelak daripada sebarang kekotoran dan udara tercemar.

4. Tutup tingkap

Sentiasa pastikan tingkap rumah ditutup rapat bagi mengekalkan pengudaraan baik dan elakkan merokok dalam ruang kediaman.

5. Aktifkan penapis udara

Jika mempunyai penapis udara di rumah, ia boleh digunakan ketika keadaan jerebu untuk membantu menapis partikel halus daripada udara dalaman.

Penggunaannya boleh diberi lebih perhatian ketika waktu tidur, terutama jika ruang itu berada berhampiran sumber udara luar yang tercemar.

6. Minum air secukupnya

Jangan lupa memastikan badan kekal terhidrat ketika cuaca panas dan berjerebu.

Sekiranya tekak terasa kering atau tidak selesa, minum air kosong secukupnya bagi membantu mengekalkan hidrasi badan.

7. Sediakan inhaler jika asma

Bagi individu penghidap asma, pastikan ubat sentiasa tersedia sebagai langkah berjaga-jaga kerana jerebu boleh memberi risiko kepada pernafasan.

Dalam pada itu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menerusi kenyataannya menjelaskan, pihaknya mengambil maklum segala kerisauan dan desakan penutupan sekolah akibat isu berbangkit.

Namun, sebarang tindakan rasmi akan dibuat berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) dengan bacaan IPU juga dipantau dari semasa ke semasa.

"Saya faham kebimbangan ibu bapa dengan keadaan jerebu ketika ini, kita terus pantau keadaan, kesihatan dan keselamatan anak-anak tetap keutamaan.

"Ibu bapa dibenarkan untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah sekiranya bimbang mengenai aspek kesihatan dengan memaklumkan pihak sekolah.

"Apabila IPU melebihi 100, semua aktiviti luar bilik darjah dihentikan. Apabila IPU melebihi 200, sekolah ditutup,” katanya.

 

Artikel Lain