Perbuatan mencuci telur sebelum disimpan sebenarnya boleh meningkatkan risiko pencemaran kuman. -Gambar hiasan AI
DALAM konteks persediaan makanan, ramai percaya bahawa kaedah penyimpanan bahan masakan amat penting bagi memastikan kebersihan dan ketahanannya, terutamanya apabila melibatkan telur.Malah, rata-rata masyarakat mempunyai petua dan cara tersendiri yang diamalkan sejak sekian lama demi memastikan bahan masakan ini kekal segar.Antara petua popular yang sering diguna pakai termasuklah menyimpan telur dengan bahagian tajam menghadap ke bawah atau membasuhnya menggunakan air sejuk. Namun, tahukah anda bahawa sebenarnya kedua-dua cara itu hanyalah mitos semata-mata?Berdasarkan perkongsian akaun Threads dapur.thai.101, sudah lama masyarakat dimomokkan dengan kepercayaan itu walaupun hakikatnya ia langsung tidak terbukti mengikut kajian sains."Beli telur kena terus basuh? Tak perlu, kalau korang beli telur dari pasar... kilang dah cuci bersih-bersih, boleh terus masuk peti sejuk. USDA sendiri tak galakkan kita basuh semula sebab risiko kuman masuk dalam telur lagi tinggi kalau salah cara."Kenapa tak boleh basuh guna air sejuk? Dalam telur ada gas, apabila telur suam terkena air sejuk, gas kat dalam tu mengecut dan bertindak macam vakum, terus dia sedut air kotoran tu masuk ke dalam liang roma kulit telur," katanya.Ramai masih mempraktikkan amalan mencuci telur selepas membelinya. -Foto AgensiMenurut laporan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA), pengguna tidak disyorkan mencuci telur kerana ia boleh meningkatkan risiko pencemaran tanpa disedari.Malah, pengilang sebenarnya sudah diwajibkan untuk mencuci serta membersihkan telur secara teliti menggunakan cecair khas yang selamat untuk pemprosesan makanan sebelum dipasarkan.Selain isu membasuh, segelintir individu turut mengamalkan petua menyimpan telur dengan meletakkan bahagian tajam di sebelah bawah kononnya untuk menjaga kualiti."Simpan bahagian tajam ke bawah tahan lebih lama? Banyak kajian dah buktikan, simpan baring ke, tajam ke atas ke, tahap kesegaran telur tetap sama. Berdasarkan laporan The Standard, cara itu hanya dilakukan untuk mengekalkan posisi kuning telur di tengah, langsung tiada kaitan dengan isu kualiti dan ketahannya.Malah, portal tersebut turut menyarankan agar pemilik menyimpan telur dalam bungkusan karton dan diletakkan pada rak bahagian dalam berbanding pintu peti sejuk.Ini kerana perbuatan kerap membuka dan menutup pintu peti sejuk akan menyebabkan perubahan suhu yang drastik, sekali gus membuatkan telur lebih cepat rosak.