Situasi atau perlakuan luar biasa ketika beribadah kadangkala menimbulkan rasa ingin tahu dalam kalangan jemaah lain. -Gambar hiasan AI
PERGERAKAN janggal seorang wanita ketika menunaikan solat mencuri perhatian jemaah di sebelah apabila kepalanya dilihat terangguk-angguk beberapa kali ketika rukuk dan sujud.Kejadian tersebut disaksikan seorang wanita ketika dia singgah di sebuah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) untuk menunaikan solat. Ketika itu keadaan surau berkenaan agak sesak dan sebagai musafir, dia menunaikan solat secara jamak dan qasar sebelum duduk sebentar untuk berwirid."Sebelah aku ada seorang perempuan muda baru mula nak solat. Tapi lepas tu aku perasan masa dia rukuk, kepala dia terangguk-angguk.Pergerakan solat yang aneh boleh menimbulkan rasa janggal buat jemaah lain. -Gambar hiasan"Sekali... dua kali dan tiga kali. Aku tengok lagi rakaat seterusnya, sama. Sujud pun terangguk-angguk tiga kali. Dalam hati aku... cara solat apa ni?"Lepas habis wirid, aku bangun tapi tak terus keluar. Aku berdiri sekejap, menyibuk. Nak tengok cara dia berdiri pula macam mana. Rasa macam warden asrama buat spot check solat," katanya.Curiga dengan perbuatan berkenaan, dia mendedahkan sempat berfikir sama ada perlu menegur wanita itu kerana khuatir solatnya tidak sah.ARTIKEL BERKAITAN: Lengahkan solat demi kejar pahala jemaah... Suami isteri kena tahu batas waktu dibenarkan syarak!ARTIKEL BERKAITAN: “Orang muda duduk belakanglah!” - Jemaah tarawih dihalau pindah saf, AJK surau ‘cop’ tempat untuk isteri tok imam"Aku tengok masa dia baca al-Fatihah pun kepala terangguk-angguk. Agresif ya, bukan sikit-sikit. Ah sudah... masa tamakninah pun sama."Dalam kepala aku dah yakin, macam ni rasanya dah batal solat. Gerak je dah berapa kali. Aku pun sudah fikir panjang nak tegur," katanya lagi.Namun belum sempat dia berbuat demikian, seorang wanita berusia yang memerhatikan tindakannya dari tadi tiba-tiba tampil menyapa untuk menjelaskan situasi sebenar."Puan, itu anak saya. Makcik perasan puan tengok dia dari tadi. Dia macam tu sebab ada masalah saraf. Kepala dan badan memang bergerak macam tu. Bukan dia sengaja," ceritanya lagi.Wanita solat dengan kepala terangguk-angguk.Pergerakan itu buat jemaah sebelah tertanya-tanya.Sangka cara solat wanita itu tidak betul.Rupanya dia mengalami masalah saraf.Pergerakannya berlaku di luar kawalan.Ringkasan ini dijana oleh AIPenjelasan ringkas itu serta-merta membuatkan individu tersebut berasa serba salah kerana menyedari sangkaannya selama ini silap.Pergerakan berulang itu rupanya berlaku di luar kawalan akibat penyakit, bukannya sengaja dicipta."Aku ingatkan ajaran sesat. Aku dari tadi sibuk jadi warden penyiasat. Rupanya aku tak tahu cerita sebenar," jelasnya menutupi cerita di Threads tersebut.Situasi berkenaan turut membuka mata ramai mengenai hukum pergerakan di luar kawalan sewaktu beribadah.Menurut penjelasan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, dalam mazhab Syafie, pergerakan yang banyak dan dilakukan secara berturut-turut boleh membatalkan solat. Bagaimanapun, pergerakan yang berlaku di luar kawalan akibat penyakit tidak membatalkan solat kerana ia bukan dilakukan secara sengaja.