ISU melibatkan komuniti Rohingya bagaikan tiada kesudahan apabila pelbagai gelagat dan ragam mereka terus menguji kesabaran warga tempatan.Terbaharu, seorang lelaki membongkar tindakan kanak-kanak Rohingya yang sering dilihat menjual tisu dan meminta sedekah di sekitar Ampang, Selangor, dipercayai menggunakan sebahagian wang hasil sumbangan orang rama untuk bermain permainan video Play Station 5 (PS5). Dakwa lelaki itu, kanak-kanak yang sering mengenakan baju Melayu berkenaan dikatakan meminta wang daripada orang ramai di beberapa lokasi tumpuan termasuk sekitar restoran dan sebuah hospital swasta.Kanak-kanak Rohingya sering dikatakan menganggu penduduk setempat. -Gambar hiasan AI "Warga Ampang yang pemurah mana? Bagilah lagi anak Rohingya ini duit RM1 atau RM2."Lepas habis pusing minta duit di restoran mamak, hospital dan sebagainya sambil bawa beg, dia naik Ampang Point main PS5," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Pelarian Rohingya mengemis guna modus operandi baharu... Pakai maskot beruang, suka peluk-peluk orang demi duit!ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan Rohingya bawa anak ‘menyelit’ kenduri abang, keluarga tergamam tiba-tiba duduk makan - “Dia salam kaut bagi tisu”Lelaki berkenaan turut mendakwa seorang pekerja di premis permainan video memaklumkan kanak-kanak itu pernah menghabiskan masa sehingga enam jam dalam satu sesi."Abang jaga kaunter tu kata dia (anak Rohingya) pernah main enam jam tanpa henti. Sejam RM10."Kita boleh melahirkan pemain e-sukan yang baharu. Majulah sukan negara demi Malaysia," katanya secara sinis.Berdasarkan gambar yang dikongsikan, kanak-kanak terbabit dilihat sedang asyik bermain permainan Grand Theft Auto (GTA) yang berunsurkan aksi dan jenayah.Kanak-kanak Rohingya didakwa menjual tisu dan meminta wang sekitar Ampang.Wang diperoleh didakwa digunakan untuk bermain PS5.Pekerja premis dikatakan pernah melihatnya bermain selama enam jam.Kadar permainan didakwa RM10 bagi setiap jam.Netizen mendakwa pernah melihat kanak-kanak dan keluarganya mengemis di sekitar Ampang.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurutnya lagi, kanak-kanak terbabit dipercayai akan berada di sekitar kawasan berkenaan dari pagi hingga petang sebelum bermain permainan video pada sebelah malam bersama rakannya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mengakui pernah melihat kanak-kanak tersebut menjual tisu dan meminta sedekah, selain ibu bapanya juga turut dilihat mengemis di sekitar Ampang."Mak bapa dia mengemis bawah flyover Ampang, anak dia duduk dalam aircond main PS5."Sehari mereka dapat kutip RM200 sampai RM300. Siapa la yg bodoh bagi duit kat budak-budak ni?"Bakal psikopat ni. Ada tiga bintang tu (merujuk tahap jenayah dalam permainan GTA)," komen warga maya.