suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu sarat mengandung minta potong barisan beli rojak, terkilan disindir mahu panggil ambulans - “Kalau tak boleh, beritahu je”

Peniaga seharusnya menggunakan pendekatan lebih berhemah untuk menegur pelanggan. -Gambar hiasan AI

KEBIASAANNYA wanita hamil diberikan keutamaan dalam situasi tertentu, misalnya tempat duduk di dalam tren atau laluan khas untuk pembelian barangan.

Namun seorang wanita hamil meluahkan rasa terkilan apabila permintaannya untuk membeli makanan terlebih dahulu disambut dengan sindiran.

Menurut wanita berkenaan, kejadian berlaku ketika dia keluar mencari makanan selepas pulang dari tempat kerja dalam keadaan penat dan kelaparan.

Tidak salah memberi keutamaan kepada wanita hamil. -Gambar hiasan AI

Tidak salah memberi keutamaan kepada wanita hamil. -Gambar hiasan AI

"Penat baru lepas kerja, nak rehat dan makan, tapi nasi dagang yang beli pagi tadi basi. Kecewa betul, dengan laparnya lagi.

"Saya pun keluar nak cari nasi, tapi ternampak satu kedai yang orang beratur panjang. Rupanya jual rojak," katanya.

Wanita itu berkata, dia tertarik untuk mencuba rojak berkenaan kerana sudah lama mencari makanan tersebut.

Bagaimanapun, melihat barisan pelanggan yang panjang, dia kemudian bertanya kepada anak peniaga sama ada wanita hamil sepertinya boleh diberikan keutamaan untuk membeli terlebih dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Titik terendah seorang isteri, malu ditengking suami depan jururawat - “Mengandung pun serabut, menyusahkan!”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu hamil titip doa kepada doktor lelaki, sedih sangat dituduh sengaja guna alasan ‘cramp’ untuk dapat MC!

"Saya panggil anak dia dan tanya, tak boleh ke ibu mengandung ke depan dulu untuk beli. Dia kata boleh.

"Saya suruh dia tanya dulu mak dia untuk pastikan boleh atau tidak, nanti orang marah pula. Lepas itu saya dengar budak itu panggil ke depan," katanya.

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun terkilan apabila terdengar kata-kata berbaur sindiran mengenai tindakannya meminta untuk diberikan keutamaan.

"Tapi tak perlulah perli-perli saya nak panggil ambulans bagai dan cakap orang marah saya potong barisan.

  • Ibu hamil penat dan lapar keluar mencari makanan selepas kerja.
  • Ternampak kedai rojak dengan barisan pelanggan yang panjang.
  • Dia meminta izin untuk membeli terlebih dahulu kerana sedang hamil.
  • Wanita itu mendakwa disindir selepas diberikan laluan.
  • Netizen berbeza pandangan mengenai keutamaan untuk wanita hamil.

"Kalau tak boleh, cakap saja tak boleh. Saya tak beli. Ini kali pertama dan terakhir saya sokong," luahnya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mempunyai pelbagai pandangan berkaitan situasi yang dialami wanita tersebut.

"Bukan satu kesalahan pun mengandung tapi jangan gunakan hamil itu satu kelebihan untuk potong barisan.

"Aku hamil dulu tak pernah jadi macam ini, semua ada rasa empati nak bagi laluan," komen warga maya.

Artikel Lain