KEPERCAYAAN antara satu sama lain amat penting bagi memelihara keharmonian sesebuah hubungan.Namun, sikap suka mengongkong ataupun cemburu buta terhadap pasangan boleh menimbulkan rasa tidak selesa, lebih-lebih lagi apabila ia mula mengganggu rutin harian dan tanggungjawab masing-masing. Itulah situasi dikongsikan seorang pensyarah yang menceritakan pengalamannya menegur teman lelaki kepada pelajarnya selepas mendapati mereka sedang melakukan panggilan video ketika sesi kuliah berlangsung."Aku pernah tangkap pelajar masa tengah mengajar tengah video call dengan boyfriend dia."Mereka tak bercakap, cuma boyfriend tu nak tengok betul ke dia pergi kelas. Maknanya dengan boyfriend dia sekali dengar aku mengajar selama dua jam," kongsinya.Pelajar sewajarnya memberi sepenuh tumpuan ketika menuntut ilmu agar beroleh kejayaan dalam kehidupan. -Gambar hiasan AIMenyedari perbuatan berkenaan boleh mengganggu sesi pembelajaran, pensyarah berkenaan mengambil telefon bimbit pelajarnya sebelum menegur kekasih kepada gadis itu serta-merta."Aku terus ambil telefon dan tunjuk muka penuh skrin dan kata... kalau awak ada masalah trust issue, jangan libatkan saya dalam hal ini. Jangan ganggu student saya. Lepas tu aku letak telefon," katanya.ARTIKEL BERKAITAN:Kenal sebulan dah kongkong, suruh berhenti buat ‘master’! Wanita trauma lepas jumpa ‘jodoh’ pilihan datukARTIKEL BERKAITAN:Anak perempuan mula hilang sabar, ibu sendiri bersifat ‘annoying’ suka kongkong rumah tangga... Kasihan suami banyak makan hatiPensyarah itu mengakui tidak mengetahui apa yang berlaku kepada pasangan berkenaan selepas panggilan tersebut ditamatkan.Bagaimanapun, dia berharap pelajarnya tidak lagi berdepan situasi sama dikongkong teman lelaki dan secara peribadi mengharapkan hubungan percintaan mereka berakhir."Aku tak tahu apa jadi lepas tu. Aku harap mereka break off. Tak guna punya jantan," luahnya.Seorang pensyarah menegur teman lelaki pelajarnya yang membuat panggilan video ketika sesi kuliah berlangsung.Lelaki itumahu memastikan kekasihnya benar-benar hadir ke kelas sehingga turut 'mengikuti' kuliah selama dua jam.Pensyarah tersebut mengambil telefon pelajarnya dan 'mengajar' lelaki berkenaan.Dia berharap pelajarnya tidak lagi dikongkong teman lelaki.Netizen menyokong tindakan pensyarah itu serta berpendapat setiap individu berhak mempunyai ruang sendiri tanpa dikongkong pasangan.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan pensyarah berkenaan yang berani menegur teman lelaki pelajarnya kerana mengganggu sesi kuliah.Mereka turut berpandangan bahawa setiap individu perlu mempunyai ruang sendiri untuk menjalani kehidupan seharian tanpa kongkongan pasangan."Bagus Madam sebab berani tegur si tak guna tu. Hope the girl tersedar."Dalam kelas pun nak ada trust issue, agak-agaklah," komen netizen.