suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hakim hal ehwal agama digantung tugas 2 tahun, hilang elaun jawatan... Mengaku salah keluar dengan wanita waktu bekerja

Penjawat awam yang didapati melanggar etika kerja atau peraturan perkhidmatan boleh dikenakan tindakan atau hukuman berdasarkan jenis dan tahap kesalahan yang dilakukan. -Gambar hiasan

SEORANG hakim dikenakan tindakan larangan menjalankan tugas kehakiman selama dua tahun selepas didapati meninggalkan pejabat ketika waktu bekerja menggunakan kereta rasmi untuk keluar bersama seorang wanita.

Hukuman itu dibuat oleh Komisi Yudisial (KY) dan Mahkamah Agung (MA) menerusi sidang Majlis Kehormatan Hakim (MKH) di Jakarta pada Isnin.

Ketua MKH, Noor Edi Yono berkata, hakim berkenaan yang bertugas di Pengadilan Agama (PA) Banyuwangi dan Pengadilan Tinggi Agama (PTA) Surabaya turut kehilangan elaun jawatan sepanjang tempoh hukuman.

Dalam prosiding itu, hakim berkenaan mengemukakan dua saksi termasuk isteri dan abang kandungnya. 

Bagaimanapun, keterangan mereka tidak diterima sebagai faktor yang dapat meringankan kesalahan kerana kedua-duanya tidak menyaksikan sendiri kejadian berkenaan.

Ikatan Hakim Indonesia (IKAHI) pula memohon hukuman lebih ringan dengan mengambil kira keadaan keluarga hakim berkenaan, termasuk tanggungan anak yang masih kecil.

Bagaimanapun, MKH menganggap perbuatan hakim berkenaan sebagai satu kesalahan serius kerana dilakukan ketika memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengadilan Agama. -Agensi

Artikel Lain