Meletakkan pewangi di atas pendingin hawa membuatkan harumannya lebih mudah tersebar ke seluruh ruang bilik. -Gambar hiasan AI
PELBAGAI cara digunakan orang ramai untuk memastikan rumah atau bilik sentiasa berbau harum dan menyenangkan.Ada yang menggunakan penyegar udara, lilin aromaterapi atau meletakkan pewangi di beberapa sudut rumah. Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang pemuda berkongsi tip mudah untuk membuatkan bilik berbau harum dengan meletakkan pewangi di bahagian atas pendingin hawa."Teknik ini saya belajar daripada akak-akak dalam Threads juga. Letakkan pewangi ni dekat pendingin hawa kalau nak bilik berbau wangi dan tahan lama. Memang menjadi," kongsinya.Ramai mengakui kaedah ini menyebabkan bilik mereka lebih wangi. -Gambar hiasan AIMenurut seorang lagi individu, kaedah berkenaan juga membuatkan bau pewangi lebih mudah tersebar ke seluruh ruang bilik.Dalam pada itu, seorang lagi netizen berkata dia juga sudah mencuba teknik berkenaan dan ia sememangnya berkesan."Boleh letak macam ini juga. Saya cuba dan memang tahan lama wangi," katanya.Namun, ada satu kekurangan jika menggunakan cara meletakkan pewangi di atas penghawa dingin.Pewangi berkemungkinan lebih cepat habis kerana udara yang keluar daripada pendingin hawa membantu menyebarkan aromanya ke seluruh ruang.Jadi, walaupun bilik boleh berbau harum, pengguna mungkin perlu menggantikan pewangi dengan lebih kerap.