suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enggan nikah calon pilihan keluarga, bapa tergamak tembak kepala anak gadis 19 tahun tengah tidur nyenyak!

Seseorang sanggup melakukan jenayah gara-gara hilang pertimbangan diri. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki berusia 48 tahun tergamak menembak kepala anak perempuannya ketika sedang tidur selepas gadis berkenaan enggan berkahwin dengan lelaki pilihannya.

Kejadian dilaporkan berlaku di bandar Bhongaon, daerah Mainpuri, Uttar Pradesh, India pada Isnin.

Menurut laporan agensi berita Press Trust of India (PTI) pada Selasa, mangsa yang berusia 19 tahun mengalami kecederaan parah dan kini menerima rawatan di Kolej Perubatan Saifai selepas dirujuk dari hospital daerah.

Ketua Polis Bandar, Arun Kumar Singh berkata, siasatan awal mendapati mangsa menjalin hubungan dengan seorang lelaki dan merancang untuk berkahwin dengannya.

Bagaimanapun bapa mangsa dikatakan sudah menetapkan perkahwinannya dengan seorang jejaka lain pada 19 November depan.

"Apabila mangsa enggan menuruti permintaan bapanya, lelaki itu menembak kepala mangsa ketika sedang tidur.

"Ibu mangsa bergegas ke bilik selepas terdengar bunyi tembakan sebelum membawa anaknya yang cedera ke hospital daerah," kata Arun Kumar. 

Mangsa kemudian dirujuk ke Kolej Perubatan Saifai untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ujarnya, ibu mangsa membuat laporan polis terhadap suaminya atas dakwaan cubaan membunuh anak mereka.

Suspek kini sudah ditahan polis bagi membantu siasatan. -Agensi

Artikel Lain