PELAKON Indonesia Rizky Billar tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas kenyataan balasnya berhubung perselisihan faham dengan aktres Izara Aishah telah mengguris hati peminat di Malaysia. Rizky, 31, berkata dia tidak pernah mempunyai persepsi negatif terhadap rakyat Malaysia, sebaliknya sangat menghargai layanan mesra yang diterima sepanjang berada di negara ini. “Sebenarnya, rakyat Malaysia baik-baik belaka. Saya sendiri mempunyai tanggapan yang baik selepas tiga kali berkunjung ke sana. Lebih-lebih lagi kunjungan yang terakhir, yang benar-benar meninggalkan kenangan indah buat saya.Kenyataan Rizky di Threads. “Saya, secara peribadi dan tanpa mewakili mana-mana pihak, ingin memohon maaf atas kata-kata saya yang telah mengguris hati," katanya melalui satu hantaran di Threads pada Selasa. Menerusi hantaran itu, suami kepada penyanyi Lesti Kejora itu turut memuat naik tangkap layar mesej perbualannya bersama peminat tempatan yang menitipkan kata-kata positif buat dirinya.Dalam masa sama, Rizky menjelaskan tujuannya membuat permohonan maaf tersebut kerana tidak mahu perkara tersebut menjadi hitungan di akhirat kelak. “Kerana kita tidak pernah tahu bila kita akan dipanggil menghadap Yang Maha Kuasa. Boleh jadi pada saat itu, masih ada hati yang terluka kerana kata-kata kita,” ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Izara Aishah mengaku silap tegur secara terbuka, mohon maaf kepada Lesti KejoraARTIKEL BERKAITAN: Suami Lesti Kejora dakwa ‘bodyguard’ tegur anak kasar... Izara Aishah beri penjelasan, mohon maaf sekali lagiKemelut berkenaan mula tercetus bermula pada pagi Isnin apabila Izara secara terbuka menegur sikap pasukan Lesti yang didakwa bersikap kurang mesra serta memilih individu untuk bertegur sapa di belakang pentas ketika Konsert Gema Bumantara Siti Nurhaliza. Izara meluahkan rasa kesal apabila mendakwa pihak pengurusan artis berkenaan hanya bersikap ramah sekiranya berhadapan dengan individu terkenal atau orang kenamaan (VIP).Tidak berdiam diri, Rizky kemudiannya tampil bersuara mempertahankan rombongan isterinya selain mendakwa pengawal peribadi milik Izara terlebih dahulu bertindak kasar terhadap anak lelakinya.Rizky hanya berniat untuk mempertahankan isterinya. “Sebelum anda menghakimi orang lain, tolong beritahu pengawal peribadi anda, lain kali kalau ada kanak-kanak tidak perlu menegur dengan kasar sambil menyebut 'jangan sentuh'.“Mungkin itu yang menyebabkan rakan saya bersikap dingin dengan anda,” ujarnya. Untuk rekod, Lesti merupakan artis jemputan yang membuat persembahan pada Konsert Gema Bumantara Siti Nurhaliza di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada Sabtu lalu.