BUKAN semua perkara perlu dibuktikan kepada orang luar, penyanyi Zaki Yamani menganggap pandangan netizen yang mempersoalkan kemampuan kewangannya bukan sesuatu yang perlu diambil hati.Zaki atau Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 20, berkata, dia sudah bekerja keras sejak usia 13 tahun bagi menampung komitmen sendiri tanpa bergantung kepada wang bapanya, penyanyi Datuk Jamal Abdillah atau individu lain. Kata Zaki, mereka yang mengenalinya sejak awal perjalanan kerjaya lebih memahami kesungguhannya mencari pendapatan sendiri."Bagi saya, kita tidak bolehlah merendahkan individu lain. Siapa yang menyokong saya dari awal mereka tahu bagaimana saya kuat bekerja. Zaki mempunyai simpanan sendiri untuk masa depan."Saya tak guna duit ayah mahupun duit sesiapa. Saya bekerja untuk membayar komitmen sendiri. Hanya yang rapat saja tahu," katanya kepada mStar. Zaki berkongsi perkara itu bagi memberi repons terhadap seorang netizen meninggalkan komen meminta rakan baiknya, penyanyi Azeva mencari teman lelaki kaya ketika mereka sedang mengadakan sesi siaran langsung di media sosial.Mengulas lanjut, Zaki memberitahu dia tidak kisah dengan tanggapan orang luar kerana mereka bukan pihak yang menanggung perbelanjaan dan komitmen hariannya.Malah, penyanyi lagu Akur itu mengakui sudah terbiasa bekerja sejak usia muda dan menguruskan kewangan sendiri tanpa terlalu bergantung kepada orang lain.ARTIKEL BERKAITAN: Zaki Yamani suka wanita bijak, kuat bekerja... Jawab gosip bercinta dengan AzevaARTIKEL BERKAITAN: Menang trofi bukan bermakna sudah popular, Zaki Yamani belum mampu tandingi Jamal Abdillah"Saya tak kisah orang nak cakap apa, bukan mereka (netizen) yang bayar rumah, kereta dan bil-bil lain. "Saya pun sudah bekerja daripada usia 13 tahun sampailah nak masuk umur 21 tahun. "Mungkin mereka jarang nampak golongan awal usia ini bekerja sendiri untuk membayar komitmen," ujarnya. Dalam pada itu, Zaki menegaskan dia bukan seorang yang boros, sebaliknya sentiasa mengutamakan simpanan dan perancangan kewangan demi masa depan. Saya tak guna duit ayah mahupun duit sesiapa. Saya bekerja untuk membayar komitmen sendiri.ZAKI YAMANIPENYANYIMenurutnya, nasihat daripada ibu dan pengajaran daripada bapanya menjadi panduan untuk menguruskan pendapatan dengan lebih bijak."Ramai yang mungkin ingat saya tiada simpanan wang tetapi sebenarnya saya seorang yang memang memikirkan tentang masa depan. "Ibu saya antara individu yang selalu ingatkan untuk menyimpan wang. Saya juga ambil pelajaran daripada ayah juga, kita memang perlu menyimpan duit untuk masa depan. "Saya nak beli rumah, buat bisnes. Sebagai anak muda tak bolehlah boros sangat. Kalau nak berbelanja, 70 peratus simpanan, guna 30 peratus saja daripada gaji. Itu prinsip saya," jelasnya. Sementara itu, Zaki turut berkongsi pandangan mengenai rakan baiknya, Azeva yang disifatkan sebagai seorang wanita berdisiplin serta bijak menjana pendapatan menerusi perniagaan.Zaki sudah aktif menyanyi sejak berusia 13 tahun.Jelasnya, mereka mempunyai hubungan persahabatan yang rapat dan saling mengenali antara satu sama lain."Saya dan Azeva memang sangat rapat dan kami tahu serba sedikit tentang diri masing-masing. "Tapi kami tetap berkawan baik. Azeva seorang berdisiplin, bijak buat duit dan dia pandai berniaga. "Itu yang membuatkan saya suka berkawan dengannya. Bila saya berkawan dengan seseorang, saya akan melihat apa dia akan buat untuk masa depan," katanya.