suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zaki Yamani suka wanita bijak, kuat bekerja... Jawab gosip bercinta dengan Azeva

Zaki menjelaskan hubungannya dengan Azeva.

DILIHAT mesra di media sosial, penyanyi Zaki Yamani tampil menjawab dakwaan kononnya dia kini sedang dilamun cinta dengan pengacara Azeva. 

Zaki atau nama lengkapnya Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 20, menjelaskan hubungan mereka buat masa ini tidak lebih daripada sekadar kawan rapat.

Bagaimanapun, Zaki tidak menafikan bahawa Azeva memiliki ciri-ciri wanita idamannya terutama daripada segi kematangan dan kesungguhan dalam mengatur strategi masa depan.

Zaki menjelaskan mereka hanya sekadar kawan baik. 

"Saya suka berkawan dengan orang yang matang dan dalam otak dia boleh berfikir macam-macam, fasal bisnes dan sebagainya. Saya suka orang macam itu sebab emak saya kata, berkawan dengan orang berjaya, kita akan jadi berjaya.

"Ciri-ciri wanita idaman itu ada la sikit pada dia. Macam saya kata, dia kuat bekerja, bijak, sentiasa berfikir positif, tiada negatif.

"Dia juga boleh membantu antara satu sama lain, dan senang berhubung," katanya kepada mStar. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan setiap benda kena minta izin“ - Zaki Yamani respons dakwaan dikongkong ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Zaki Yamani beri amaran hantar surat saman

Menyedari ada segelintir peminat yang mahu mereka berjodohan, Zaki mengambil pendekatan untuk tidak terburu-buru.

"Ada, saya ada baca komen-komen orang. Ada yang kata sesuai sangat kami bersama. Tapi, doakan yang baik-baik sahajalah sebab saya masih muda dan Azeva pun masih muda juga. Kami belum masuk usia 30 tahun lagi.

"Kami pun baru sahaja nak mencari kerjaya, perjalanan hidup, dan selok-belok di dalam industri seni ini," ujarnya.

Zaki akui Azeva ada ciri wanita idamannya. 

Ditanya mengenai perancangan kariernya, Zaki berkata dia bakal tampil berduet dengan anak kepada produser Datuk A Aida itu tidak lama lagi. 

"Buat masa sekarang, saya nak fokus pada diri saya sendiri dahulu. Apa yang saya buat sekarang ini pun sebab tuntutan klien dan projek besar-besar bersama Azeva.

"Insya-Allah, selepas Azeva keluar dengan filem dan lagu baharunya nanti, kami juga akan tampil berduet bersama untuk sebuah lagu," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain