suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu sanggup jual anak demi habuan hampir RM6,500! Reka cerita diculik dekat tandas stesen bas

Anak merupakan anugerah tidak ternilai buat pasangan suami isteri. -Gambar hiasan

SEORANG wanita tergamak menjual bayi lelakinya yang baru berusia sebulan setengah pada harga 1.5 lakh rupee (kira-kira RM6,450) sebelum mereka cerita kononnya anaknya diculik bagi menutup perbuatan tersebut.

Bagaimanapun, bayi berkenaan berjaya diselamatkan manakala lima individu ditahan dalam tempoh 24 jam bagi membantu siasatan, selepas kes itu terbongkar.

Menurut polis, wanita terbabit membuat laporan mendakwa bayinya hilang di stesen bas di daerah Kasganj, Uttar Pradesh, India, ketika dia berada di tandas.

Bagaimanapun, siasatan dan soal siasat polis mendedahkan dakwaan kehilangan itu hanyalah cerita rekaan bagi menyembunyikan urusan jual beli bayi berkenaan.

Polis memaklumkan seorang lelaki dikenali sebagai Arun, bersama isterinya, dipercayai bertindak sebagai orang tengah dalam urusan berkenaan.

Pasangan itu didakwa merundingkan mengenai penjualan bayi berkenaan dengan sepasang suami isteri pada harga keseluruhan 2 lakh rupee (kira-kira RM8,600).

Daripada jumlah itu, ibu bayi terbabit menerima bayaran sebanyak 1.5 lakh rupee (kira-kira RM6,450).

Dalam operasi bersama polis dan Kumpulan Operasi Khas (SOG), lima individu ditahan di ruang menunggu penumpang sebuah stesen kereta api dalam tempoh 24 jam selepas kes berkenaan terbongkar.

Polis turut merampas wang tunai berjumlah 80,000 rupee (kira-kira RM3,440) daripada individu yang ditahan.

Kesemua lima suspek dibawa ke mahkamah, manakala prosiding undang-undang lanjut sedang dijalankan. -Agensi

Artikel Lain